cabang kecil rumpun bahasa Melayu-Polinesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa-bahasa Melayik[2][3] dalam bidang linguistik menerangkan suatu cabang bahasa di bawah rumpun Melayu-Polinesia dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialah bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan di Brunei dan Singapura serta asas kepada dua bahasa baku iaitu bahasa Malaysia untuk kegunaan peringkat kebangsaan Malaysia dan Bahasa Indonesia untuk kegunaan bahasa kebangsaan Indonesia dan bahasa yang popular dipelajari di Timor Leste.[4]
Bahasa-bahasa Melayu | |
---|---|
Bahasa-bahasa Melayik | |
Taburan geografi: | Asia Tenggara Maritim |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
Bahasa-proto: | Bahasa Melayu Purba |
Pembahagian: |
|
Glottolog: | mala1538[1] |
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim:
Subkumpulan bahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayik".
Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas. |
Cabang bahasa ini juga merangkumi bahasa-bahasa setempat dituturkan pelbagai sub-etnik Melayu (contohnya seperti bahasa Kutai, bahasa Melayu Kedah dan bahasa Melayu Basemah). Bahasa kerabat yang mempunyai hubungan terdekat dengan bahasa Melayu di Sumatera (seperti bahasa Minangkabau) dan Borneo (seperti bahasa Iban), antara calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai titik daripada pemisahan bahasa-bahasa Melayik ialah di barat pulau Borneo.
Istilah Malayic pertama kali dicipta oleh Dyen (1965) dalam klasifikasi leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia. "Kelekapan bahasa-bahasa Melayik" (Malayic hesion) oleh Dyen mempunyai skop yang lebih luas daripada subkumpulan bahasa-bahasa Melayik dalam bentuk yang diterima kini, dan juga merangkumi bahasa Aceh, bahasa Lampung, dan bahasa Madura. Nothofer (1988) menyempitkan julat bahasa-bahasa Melayik, tetapi memasukkan bahasa-bahasa bukan Melayu seperti bahasa Rejang dan bahasa Embaloh:
Skop subkumpulan bahasa-bahasa Melayik kini, yang telah diterima secara umum oleh pakar sebidang, pertama kali diusulkan oleh Karl Alexander Adelaar (1992, 1993), berdasarkan bukti fonologi, morfologi, dan leksikal.
Bahasa-bahasa Melayik dituturkan di Borneo, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, dan di beberapa pulau yang terletak di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Borneo
Semenanjung Tanah Melayu
Sumatera
Jawa
Laut China Selatan/Selat Melaka
Walaupun terdapat persetujuan umum tentang bahasa yang mana boleh dikelaskan dalam bahasa-bahasa Melayik , subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayik masih dipertikaikan.
Adelaar (1993) mengelaskan bahasa-bahasa Melayik seperti berikut.[5]
Berdasarkan bukti tatabahasa, Ross (2004) membahagikan kumpulan bahasa-bahasa Melayik kepada dua cabang utama:[6]
Klasifikasi ini dicerminkan dalam Glottolog (Gubahan 3.4).
Mengikuti Tadmor (2002), Anderbeck (2012) membuat perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Melayik dalam perbincangannya tentang loghat-loghat Orang Laut di Kepulauan Riau. Beliau secara tentatif mengklasifikasikan semua bahasa-bahasa Melayik di bawah subkumpulan "Melayu", kecuali subkumpulan bahasa-bahasa Iban, bahasa-bahasa Selako-Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Dayak Melayu, dan "kelainan yang agak berbeza" iaitu bahasa Urak Lawoi dan bahasa Duano.[7][lower-alpha 1]
Klasifikasi Anderbeck telah diterima pakai dalam edisi ke-17 Etnologue, dengan pengecualian tunggal bahasa Duano, yang disenaraikan dalam Etnologue di bawah pengelasan "bahasa Melayu".[lower-alpha 2]
Dalam disertasinya tentang bahasa-bahasa di Borneo, Smith (2017) memberikan bukti untuk subkumpulan yang terdiri daripada isolek bahasa-bahasa Melayik di Borneo barat dan Sumatera selatan, yang dilabelnya sebagai "bahasa-bahasa Melayik Borneo Barat".[9] Walau bagaimanapun, beliau membiarkan isolek lain ternirkelas.
Kemasukan bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia tidak dapat dipertikaikan, dan terdapat sepersetujuan umum bahawa keluarga bahasa-bahasa Cam berkait rapat dengan keluarga bahasa-bahasa Melayik. Gabungan keluarga bahasa-bahasa Melayik yang lebih luas bagaimanapun menjadi kontroversi. Terdapat dua usulan utama: Adelaar (2005) meletakkan keluarga bahasa-bahasa Melayik dalam subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Sumbawa, yang terdiri daripada bahasa berikut:[10]
Blust (2010) dan Smith (2017) mengumpukkan keluarga bahasa-bahasa Melayik kepada subkumpulan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya:[11][9]
Hipotesis keluarga bahasa-bahasa Melayu-Sumbawa adalah berdasarkan bukti fonologi dengan beberapa inovasi leksikal yang dikongsi bersama, manakala hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan korpus besar bukti leksikal.
Bahasa Melayik Purba | |
---|---|
Rekonstruksi | bahasa-bahasa Melayik |
Leluhur direkonstruksi |
Bahasa Melayik Purba[12] mempunyai jumlah 19 konsonan dan 4 vokal.[13]
Terdapat 2 diftong :
Leksem bahasa Melayik Purba kebanyakannya berdwisukukata, walaupun ada yang mempunyai satu, tiga, atau empat sukukata. Leksem mempunyai struktur sukukata berikut: [13]
* [C V (N)] [C V (N)] [C V (N)] C V C
V = vokal, N = sengauan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.