From Wikipedia, the free encyclopedia
Augustus Caesar[1] 23 September 63 SM – 19 Ogos 14 SM) dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting dalam sejarah Empayar Rom dan seluruh tamadunnya.
Walaupun beliau telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, beliau memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagian antara Republik dan Empayar Rom. Pemerintahannya menamatkan keadaan gawat republik yang sering dialami perang saudara lebih satu abad sampai membawa empayar Rum ke arah zaman yang aman makmur dan hebat (Pax Romana). Walau Augustus belum bisa ditandingkan dengan kebesaran Julius Caesar namun namanya sering disandingkan dengan Aleksander Agung, Mao Tse Tung, dan George Washington. Gelaran augustus yang diberikannya kepadanya menjadi turunan berterusan de facto kepada semua penguasa empayar Rum sepanjang keberadaan kuasa besar tersebut.[2][3]
Beliau telah dilahirkan di Rom (atau Velletri) pada 23 September 63 SM dengan nama Gaius Octavius. Bapanya juga bernama Gaius Octavius dan berketurunan keluarga terhormat darjah kebesaran equestrian akan tetapi tidak terkenal dan merupakan gabenor Macedonia. Tidak lama selepas kelahiran Octavius, bapanya telah memberikannya gelaran Thurinus, yang berkemungkinan bersempena kemenangannya di Thurii menghadapi penentangan hamba-hamba. Ibunya, Atia merupakan anak saudara kepada Julius Caesar yang kemudian menjadi jeneral Rom yang paling berjaya dan menjadi diktator. Dia menghabiskan tahun-tahun awalnya di rumah datuknya berhampiran Veletrae (nama moden Velletri). Pada 58 SM, semasa beliau berusia empat tahun, bapanya telah meninggal dunia. Bapa tirinya, Lucius Marcius Philippus kemudian telah menjaganya.
Pada 51 SM sewaktu beliau berusia sebelas tahun, Octavius telah berucap di pengebumian neneknya Julia, kakak kepada Julius Caesar. Caesar meminta Octavius mengikuti rombongannya dalam sebuah kempen di Afrika, akan tetapi dibantah Atia, yang mengatakan bahawa dia terlampau muda. Atia akhirnya memberikan kebenarannya pada tahun berikutnya iaitu 46 SM untuk menemani Caesar di Hispania, akan tetapi Octavius sendiri telah jatuh sakit dan tidak dapat mengembara. Setelah pulih, dia berlayar ke kawasan pertembungan, tetapi kapalnya karam. Beliau bersama beberapa orang sahabat berjaya menyelamatkan diri ke persisiran pantai dan merentasi kawasan musuh ke kem ketenteraan Caesar, dan keberaniannya ini membuatkan datuk saudaranya itu kagum. Caesar dan Octavius telah pulang dalam pedati yang sama, dan Caesar telah secara rahsia menukar kandungan wasiatnya.
Apabila Caesar terbunuh dalam suatu peristiwa mengerikan pada 15 Martius 44 SM, Octavius sedang menuntut di Apollonia, Illyria. Apabila wasiat Caesar dibacakan, ia mendedahkan bahawa Caesar telah mengangkat cucu saudaranya Octavius sebagai anak dan pewaris utamanya memandangkan Caesar sendiri tidak mempunyai anak yang sah. Melalui pengangkatannya, Octavius telah mendapat nama Gaius Julius Caesar. Tradisi Rom menyatakan bahawa beliau mesti menggunakan gelaran Octavianus (Octavian) untuk mewakili keluarga biologinya; tetapi tiada bukti beliau telah menggunakan nama ini. Marcus Antonius kemudiannya mendakwa bahawa Octavius telah mendapat angkatan itu melalui pemberian hubungan seksual, walaupun Suetonius mengatakan bahawa dakwaan Antony itu satu fitnah politik.[4]
Banyak bangsawan dan tokoh politik yang mengincar kedudukan Kaisar Romawi, termasuk pula Octavian. Mereka semua terlibat dalam pertempuran sengit untuk merebut tahta Kaisar. Octavianus akhirnya bersekutu dengan Marcus Antonius yang merupakan sahabat Julius Caesar dan memiliki pengaruh besar pada pasukan Julius Caesar.
Kecerdikan Octavianus membuahkan hasil. Bersama Marcus Antonius, Octavianus berhasil merebut kekuasaan Romawi dan memenagkan pergulatan politik dan akhirnya Octavianus menjadi Empayar Rum. Daerah taklukannya pun kemudian dibagi dua, Marcus Antonius di bahagian timur dan Octavianus di bahagian barat.
Dalam perjalanannya, Octavianus dan Marcus Antonius sering berselisih faham gara-gara perempuan. Ini kerana Antonius lebih mengutamakan hubungan bersama kekasihnya Cleopatra berbanding mengurus wilayah kepemimpinannya sedangkan Octavianus sangatlah fokus terhadap wilayah kekuasaannya dan tidak suka terhadap sikap Marcus Antonius yang tidak terlalu mengurusi negara. Semakin lama perbedaan prinsip di antara mereka berdua semkin meruncing sehingga meletuslah peperangan di antara mereka. Tentulah bisa ditebak siapa yang menjadi pemenangnya. Ya tentulah Octavian. Sedangkan Marcus Antonius dan Cleopatra akhirnya bunuh diri.
Setelah kematian Marcus Antonius, mutlaklah Octavianus menjadi penguasa tunggal Romawi mengulang kesuksesan Julius Caesar. Octavianus pun menerima gelaranAugustus pada umur 30 tahun dan namanya lebih sering disebut sebagai Augustus Caesar.
Octavianus merekrut kuasa kecil di Apollonia. Kemudian, beliau menyeberang ke Itali, menguatkan tentera peribadinya dengan askar legion veteran Caesar, dan mendapatkan sokongan dengan menekankan statusnya sebagai pewaris Caesar. Dengan lantaran baru berusia lapan belas tahun, dia sentiasa dipandang rendah oleh musuhnya yang inginkan kuasa.
Para tetua Senat mengurniakan Octavianus gelaran augustus (dalam bahasa Latin bermaksud "berhormat"[5]) pada 16 Januari 27 SM[6][11] yang kini telah memberikan seakan kedudukan suci kepadanya;[12] pemberian ini turut mengesahkan beliau sebagai Tua Penghulu (princeps senatus) yang kini memperuntukkan wewenang istimewa kepadanya.[13] Pada ketika ini para sejarawan menandakan titik mula pemerintahannya setaraf maharaja[a] yang diakui Octavianus sendiri pada masa sama.[19][b]
Sebenarnya gelaranAugustus sendiri diberikan oleh senat Romawi yang artinya Raja. Octavianus sendiri tak terlalu menganggap istimewa gelarantersebut dan tak pernah merasa sebagai Raja. Sebelum memimpin Romawi, Octavianus terkenal beringas dan tegas namun saat ia sudah dipuncak kepemimpinan sifatnya berubah bijak dan lembut. Hal ini menarik simpati rakyat dan senat Romawi.
Pada 27 SM, Octavianus mengumumkan akan mengubah sistem pemerintahan kerajaan menjadi Republik. Reputasi Octavianus pun naik tajam apalagi ia bersedia mundur dari berbagai jabatan yang dipegangnya. Namun kenyataannya ia tetap berkuasa atas Spanyol, Suriah dan Gaul yang merupakan basis militer terkuat Romawi. Secara teori, Romawi telah berubah menjadi Republik dan Octavianus menjadi warga biasa namun kenyataannya rakyat dan senat Romawi sangat percaya pada Octavianus dan memberikan jabatan apa saja yang diinginkan Octavianus karena Octavianus telah berhasil merebut hati mereka. Octavianus atau Augustus sendiri secara tak kentara tetaplah seorang kaisar dan diktator efektif dalam makna yang sebenarnya.
Octavianus sangatlah piawai dalam memimpin Romawi. Beliau betul-betul sang negarawan sejati di mana ia bisa menekan pemberontakan dan menutup celah-celah yang berpotensi menjadi perpecahan untuk perang saudara. Wibawa dan kharismanya begitu tinggi. Beliau menjadi panutan bagi pemimpin Romawi sesudahnya. Dibawah kepemimpinannya juga Romawi berhasil memperluas wilayahnya hingga Spanyol, Swiss, Galatia – Asia Kecil.
Selain tentang wilayah penaklukan, Augustus juga piawai mengurus pemerintahan dan urusan sipil. Beliau merombak sistem keuangan dan perpajakan negara itu. Memperkuat Angkatan bersenjata terutama Angkatan laut. Beliau juga menjadi yang pertama dalam menetapkan protokoler kerajaan serta menetapkan dasar-dasar dalam memilih pemimpin Romawi sesudahnya dan menjadi acuan dalam menunjuk pemimpin.
Augustus juga berhasil mengembangkan sarana dan prasarana publik seperti membangun jaringan jalan raya yang luas di segenap daerah kekuasaannya, membangun perumahan rakyat yang indah dan megah, membangun kuil-kuil dan mendorong Romawi menjadi negara yang taat beragama. Serat menetapkan cara mendidik dan mengasuh anak.
Dibawah kepemimpinannya, keadaan Romawi teramat tenteram dan sumber alamnya berkelimpahan. Rakyatnya makmur, negara aman dan tenteram. Seni, budaya dan seni bina berkembang pesat. Kesussastraan dan ilmu pengetahuan mengalami masa keemasan. Banyak penyair berbakat serta budayawan hebat yang hidup pada masa ini. Seperti Virgil, Horacc dan Livy, sedangkan Ovid walau ia termasuk budayawan termashur, tetapi karena sering mengecam Augustus akhirnya ia diusir dari Romawi. Octavianus atau Augustus tak memiliki penerus laki-laki. Beliau kemudian mengambil anak angkat, Tiberius danmenetapkan menjadi penggantinya kelak sepeninggalnya. Namun Tiberius dan kaisar-kaisar sesudahnya tak sepandai Augustus sehingga mengalami kemerosotan. Namun ketentraman dan keamanan yang telah diletakkan dasar-dasarnya oleh Augustus dalam Pax Romana tetap bertahan hingga 200 tahun sesudahnya.
Augustus Caesar meninggal dunia pada 14 SM selepas memerintah Rum selama 40 tahun. Dibawah kepemimpinannya Romawi menjelma menjadi puncak dan pusat kebudayaan kuno sekaligus sumber dari bangsa-bangsa besar sesudahnya seperti Mesir, Babylon, Yunani dan lainnya.
Takwim Romawi yang menjadi asas kepada takwim-takwim Julius dan Gregorius mempunyai suatu bulan yang sebelum ini diberi nama Sextilis (kata terbitan sex dalam bahasa Latin bermaksud "enam") kerana kedudukan yang keenam, namun bulan tersebut dinamakan semula memperingati seberapa kejadian utama yang memainkan peranan penting dalam pemerolehan kuasa sepertimana yang tercatat dalam suatu dokumen senat (senatus consultum) dipetik Macrobius.[20] Nama bulan ini diturunkan ke dalam bahasa Melayu melalui dua bentuk: "Agustus" dalam bahasa baku dipakai Indonesia hasil peminjaman bahasa Belanda, dan "Ogos" dalam bahasa baku dipakai Malaysia, Singapura dan Brunei hasil peminjaman bahasa Inggeris: August .
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.