Diktator Rom

From Wikipedia, the free encyclopedia

Diktator (bahasa Latin untuk "orang yang menetapkan arahan") ialah satu jawatan politik yang merupakan satu pembaharuan undang-undang Republik Rom. "Diktator" dikenali secara rasmi sebagai Magister Populi ("Penguasa Rakyat"), Praetor Maximus ("Praetor Agung"), atau Magister Peditum ("Penguasa Infantri")  berkedudukan "luar biasa" (magistratus extraordinarius), serta penjawat tertinggi dalam tertib taraf (Praetor Maximus). Beliau dibantu oleh 24 orang liktor.

Maklumat lanjut Topik-topik Kerajaan Rom, Kemaharajaan Rom ...
Topik-topik Kerajaan Rom
Kemaharajaan Rom
Republik Rom
Empayar Rom
PrinsipatDominat
Empayar BaratEmpayar Timur
Penghulu biasa
(magistratus ordinarius)
  • Tribunus
  • Censor (Jurubanci)
  • Gubernator (gabenor)
Penghulu luar biasa
(magistratus extrordinarius)
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat
Politik dan undang-undang:
  • Senat Rom
  • Cursus honorum
  • Dewan-dewan undangan Rom
  • Kekolejan
  • Undang-undang Rom
  • Kewarganegaraan Rom
  • Imperium

Tutup

Fungsi diktator adalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang melewati kuasa mana-mana satu majistret biasa. Senat Rom meluluskan senatus consultum yang memberikan kuasa kepada konsul-konsul untuk mencalonkan seorang diktator yang merupakan kekecualian tunggal terhadap prinsip-prinsip kekolejan (pemegang berbilang untuk jawatan yang sama) dan tanggungjawab (bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk kesemua tindakan semasa memegang jawatan) dalam undang-undang Rom. Hanya satu diktator boleh dilantik pada mana-mana satu masa atas apa-apa alasan, dan diktator tidak perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang kepada tindakannya semasa memegang jawatan.


Lihat juga

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.