Astronomi Islam atau astronomi Arab merangkumi perkembangan ilmu falak yang dibuat dalam dunia Islam, khususnya sewaktu Zaman Kegemilangan Islam (abad ke-8 hingga ke-15),[1] dan yang ditulis dalam bahasa Arab. Perkembangan-perkembangan ini berlaku di Timur Tengah, Asia Tengah, Al-Andalus, dan Afrika Utara, dan kemudiannya di Timur Jauh dan India. Ia seiring dengan keazalian sains Islam lain dalam cirinya yang melibatkan penyerapan dan penggabungan bahan-bahan berbeza daripada budaya asing dan kemudiannya menjana sains yang mengandungi ciri-ciri Islam. Khususnya, ini termasuklah karya-karya ilmu falak Yunani, Sassan, dan astronomi Hindi, yang diterjemah dan dikembangkan.[2] Pada waktu berikutnya, ilmu falak Islam banyak mempengaruhi astronomi India,[3] Byzantine,[4] Eropah[5] dan juga ilmu falak China,[6] dan Mali.[7][8]

Thumb
Astrolab Parsi abad ke-18, disimpan di Muzium Sejarah Sains Whipple di Cambridge, England.

Sejumlah besar bintang di langit, seperti Aldebaran dan Altair, dan istilah astronomi seperti alidad ("alhidade"), azimut ("azimuth"), dan almucantar, masih disebut dengan nama Arab mereka.[9] Kini masih terdapat satu korpus besar penulisan ilmu falak Islam. Korpus ini mengandungi lebih kurang 10,000 manuskrip, kebanyakkan masih belum dibaca atau dikatalogkan, yang bertaburan di seluruh dunia. Namun, gambaran jitu tentang kegiatan islam di dalam bidang ilmu falak masih boleh dibentuk semula.[10]

Sejarah


Dalam The Oxford History of Islam, Ahmad Dallal menulis bahawa berlainan dengan orang Babylon, Yunani dan Hindi yang telah mereka sistem kajian ilmu falak berlandaskan matematik, orang Arab jahiliah bergantung hanya kepada pemerhatian empirik (pemerhatian yang melibatkan pengalaman dan penggunaan pancaindera secara saintifik dan sistematik). Pemerhatian ini berlandaskan terbit dan terbenamnya bintang-bintang khusus. Sistem kajian ilmu falak ini dikenali sebagai anwa. Anwa dikembangkan secara berterusan selepas kedatangan Islam dengan tambahan penggunaan kaedah matematik oleh para ahli falak Islam dalam kajian mereka.[11] Mengikut David King, selepas kedatangan Islam, keperluan untuk mendapatkan kepastian tentang arah Kiblat dan waktu-waktu Solat mendorong kemajuan dalam ilmu falak ataupun astronomi berkurun-kurun lamanya.[12]

Nota dan rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.