Ashira

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz (lahir 28 Oktober 1984) atau lebih dikenali dengan mononim, Ashira merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya muzik sejak 1999, beliau terkenal dengan lagu "Di Ombak Resah" yang dimuatkan dalam EP 2000 beliau yang bertajuk sama.[3][4][5] Pada tahun 2020, beliau menjadi salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketujuh.

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...
Ashira
Nama lahirSharifah Nur Ashira binti Syed Abdul Aziz
Juga dikenali sebagai
Ashira Aziz
Kelahiran (1984-10-28) 28 Oktober 1984 (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–2022
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Eddie Hamid
Tutup

Kerjaya

Ashira mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik sejak kanak-kanak dan mula serius semasa menduduki Tingkatan 2. Bapanya, Syed Abdul Aziz Syed Alwi ialah seorang penyanyi veteran.[6] Demi merealisasikan impiannya, beliau berhenti sekolah dan hanya belajar di rumah sahaja bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian yang diminatinya.[7][8] Kakaknya, Shasha juga ialah seorang penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Sehelai Daun Setitis Embun".[9]

Beliau mengikat kontrak bersama BMG Music Malaysia, seterusnya muncul bersama EP sulungnya, Di Ombak Resah (2000) yang mengandungi lima lagu, dengan lagu bertajuk sama dikeluarkan sebagai single pertama.[4]

Pada tahun 2001, beliau meninggalkan BMG dan menandatangani kontrak bersama Broadway Entertainment.[10] Album studio pertamanya, Jatuh Cinta & Hati muncul pada 2002 dengan memuatkan 10 lagu. "Jatuh Cinta" dan "Selamanya Tak Akan Berakhir" dikeluarkan sebagai single.[11][12] Album itu merupakan kegagalan komersial, menyebabkan Ashira mengundurkan diri dan bergiat aktif sebagai penyanyi kelab malam secara langsung di Kuala Lumpur dan di luar negara termasuk Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Pada September 2013, Ashira terpilih sebagai salah seorang beberapa artis dari benua Asia yang dipilih menjayakan persembahan di Penang Starwalk.[13] Pada tahun 2020, Ashira terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang mula bersiaran di Astro Ria.[14]

Gegar Vaganza 2020

Ashira ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Yantzen, Haslinda, Linda Nanuwil dan lain-lain. Beliau berjaya memenangi tempat ketujuh selepas 10 minggu bertanding. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Maklumat lanjut Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7), Konsert ...
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Di Ombak Resah" Dirinya sendiri Ke-9 SELAMAT
Minggu 2 Sama Naik "Sempurna" Andra and the BackBone Ke-4 SELAMAT
Minggu 3 Cuba Try Best "Penasaran" Krisdayanti Ke-10 SELAMAT
Minggu 4 Lagu Berhantu "Cinta Beralih Arah" Aishah Ke-10 SELAMAT
Minggu 5 Tak Tahu Sampai "Yang Terindah Hanyalah Sementara" Erra Fazira Ke-2 SELAMAT
Minggu 6 Double Special "Dengarkanlah" (duet bersama Mark Adam) Amy Mastura & Glenn Fredly Ke-6 SELAMAT
Minggu 7 Take Over "Sekilas Senyumanmu" Fauziah Latiff Ke-2 SELAMAT
Minggu 8 GV Throwback "Nur Kasih" Slam Ke-6 SELAMAT
Minggu 9 Medley Outstation "Peluang Kedua"
"Don't Speak"
Nabila Razali
No Doubt
Ke-5 SELAMAT
Minggu 10 Konsert Akhir "Wajah Kekasih"
"Beribu Sesalan" (duet bersama Liza Hanim)
Siti Nurhaliza
3 Suara
Ke-3 TEMPAT KETUJUH
Tutup

Kehidupan peribadi

Ashira merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2015.[15]

Beliau mendedahkan kepada media bahawa telah kehilangan sumber pendapatan kerana kelab malam sekian lamanya ditutup kerana perintah kuarantin yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[16] Untuk mencari wang lebih, Ashira menyara kehidupan dengan menjual laksa dan menjalankan perniagaan dalam talian, namun menemui jalan buntu. Beliau turut membuat siaran secara langsung di aplikasi Bigo bagi membayar bil elektrik dan air.[17][18]

Ashira turut mendedahkan selepas menerima berita layak ke Gegar Vaganza 7, beliau telah diusir keluar dari rumah sewanya kerana tidak membayar sewa RM1,000 selama 6 bulan. Beliau terpaksa menumpang di rumah kakaknya manakala anaknya tinggal di rumah seorang lagi kakaknya.[19][20][21]

Beliau berkahwin dengan ahli kumpulan Indigo, Bad pada 11 Mac 2021. Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat Ashira dan Bad.[22] Pasangan ini sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan cinta ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7.

Ashira disahkan positif COVID-19 pada hujung Julai 2021 dan menjalani kuarantin kendiri.[23] Ibu tirinya, isteri kedua bapanya, Norma Ariffin meninggal dunia pada 2 Ogos 2021 akibat penyakit sama.[24]

Ashira dan suaminya, Bad bercerai pada Jun 2022 selepas setahun berkahwin.[25]

Diskografi

EP

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Tajuk Butiran album
Di Ombak Resah
Tutup

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Tajuk Butiran album
Jatuh Cinta & Hati
Tutup

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Tajuk Tahun
"Buat Insan Tersayang" (bersama Eddie Hamid) 1999
"Di Ombak Resah"
"Jatuh Cinta" 2002
"Selamanya Tak Akan Berakhir"
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Separuh Akhir Muzik Muzik 18 Lagu Balada "Selamanya Tak Akan Berakhir" Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.