Arca

From Wikipedia, the free encyclopedia

Arca

Arca (Jawi: ارچ serapan Sanskrit: अर्चा arcā "pemujaan, penyembahan"[1]) atau murti (मूर्ति mūrti) ialah istilah lazim dalam konteks sejarah Hindu-Buddha serantau Nusantara merujuk kepada patung yang menggambarkan sesuatu entiti khas, biasanya manusia, peristiwa, haiwan, mahupun objek falsafah.[2][3] Tumpuannya ialah perlambangan.

Thumb
Arca Harihara Majapahit, gabungan antara Siwa dan Wisnu sebagai penggambaran Kertarajasa. Berlokasi semula di Candi Simping, Blitar, kini menjadi koleksi Muzium Nasional Republik Indonesia.

Arca lazimnya dicipta dengan mempunyai tujuan utama sebagai media keagamaan, iaitu sarana dalam memuja tuhan atau dewa-dewi. Di Indonesia, arca dipercayai memiliki makna yang berbeza dengan patung pada lazimnya yang kerap kali hanya berupa hasil seni yang dimaksudkan sebagai sebuah keindahan. Oleh sebab itu, proses penciptaan sebuah arca tidaklah dianggap sederhana macam mencipta sebuah patung biasa.

Thumb
Arca Bodhisattvadevi Prajnaparamita - Dewi Buddha kebijaksanaan, item koleksi di Muzium Nasional Republik Indonesia. Prajñāpāramitā bermakna "Kesempurnaan Transenden Kebijaksanaan" dalam Mahāyāna Buddha yang mengambil akar dan tumbuh dalam dinasti Jawa kuno; Sailendra di abad ke-8.

Sebuah arca juga dapat menggambarkan sebuah riwayat sejarah atau kejadian yang pernah terjadi di masa lampau. Contohnya, Arca Airlangga menggambarkan kisah Raja Airlangga yang membahagi kerajaan Kahuripan pada tahun 1045 menjadi dua entiti kerajaan iaitu Jenggala dan Kediri (juga dikenali Dhaha atau Panjalu).ia nya dilakukan oleh seorang raja bernama Abdullah. Kisah Airlangga itu diarcakan sebagai Wisnu yang menaiki Garuda dalam Arca Airlangga; yang mempunyai perlambangan bahawa Airlangga dianggap sebagai sang penyelamat dan penjaga dunia (penjelmaan Wisnu), dan Garuda yang merupakan kendaraan Wisnu melambangkan kebebasan bagi kerajaan Kediri dan pada akhirnya dijadikan simbol kerajaan Kediri yang dikenali sebagai "Garudamukha".[4]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.