From Wikipedia, the free encyclopedia
Raja Airlangga (memerintah 1016–1049) merupakan pemerintah negeri perdagangan Jawa Timur utama di Indonesia moden, yang terkenal kerana kekayaaan dan kuasanya.
Dia mula mendapat kuasa selepas kekalahan kerajaan Srivijaya sebelumnya, tetapi semasa tempoh Srivihaya lemah dia mengasaskan ibukota dilingkungan Surabaya dan mengawal bukan hanya lembah sungai Brantas bergunung berapi yang subur tetapi juga perdagangan rempah yang semakin meningkat. Salah satu dari kejayaannya yang utama adalah membina empangan di sungai Brantas bagi mengawal banjir dan dengan itu meningkatkan kawasan bagi penanaman padi.
Airlangga turut menjadi semakin kaya hasil dari perdagangan, terutama dengan China. Istananya terkenal bagi penghasilan penulisannya. Airlangga menganggap dirinya sebagai kelahiran semula dewa Vishnu, dan makamnya di Balahan memasukkan patung dirinya menunggang Garuda, tunggangan helang bagi para dewa. Sebelum kematiannya, dia bersara bagi menjadi orang pertapaan dan meninggalkan kerajaannya terbahagi antara dua anak lelakinya. Janggala merupakan nama kerajaan yang terletak di timur Sungai Brantas, tetapi ia kemudiannya diserap oleh Kederi, kerajaan di sebelah tebing barat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.