baka anjing dari Timur Tengah From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Kanaan[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing yang dikembangkan pada awal abad ke-20[3][sumber lebih baik diperlukan] daripada anjing paria separa liar yang merupakan keturunan kepada haiwan yang hadir di rantau ini sejak zaman purba. Ia merupakan baka anjing paria yang terdapat di serata Timur Tengah.[2] Ia terdapat di Jordan, di Israel, di Lubnan, di Palestin,[4] dan di Semenanjung Sinai dan anjing ini, atau anjing hampir serupa, juga terdapat di Syria[5][6] sejak lebih daripada 9,000 tahun lalu.[3] Ia merupakan anjing kebangsaan Israel.[7] Setakat tahun 2012, terdapat antara 2,000 dengan 3,000 ekor anjing Kanaan di seluruh dunia.[8]
Negara asal | Israel[1][2] | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Kanaan juga dikenali sebagai kelef k'naani,[9] anjing Kanaan Israel,[10] anjing gembala Badwi,[11][12][13] dan anjing paria Palestin.[11][12][13] Piawaian baka dihasilkan oleh profesor Israel Rudolphina Menzel pada tahun 1966.[14]
Sejak zaman-berzaman, orang Badwi telah menggunakan anjing ini untuk menjaga kawanan dan kem mereka.[5] Pada masa Diaspora, Bani Israel dihalau secara paksa dari tanah mereka dan, menurut tradisi, terpaksa meninggalkan anjing mereka yang kembali ke alam liar.[5]
Pengorekan di Israel mendedahkan perkuburan anjing Ashkelon, perkuburan haiwan terbesar yang diketahui di dunia purba, yang mengandungi 700 rangka anjing, kesemuanya serupa dari segi anatomi dengan anjing Kanaan zaman moden. Perkuburan ini bertarikh kembali ke zaman pendudukan oleh Empayar Parsi dan para ahli arkeologi berhipotesis bahawa anjing-anjing ini dihormati sebagai haiwan suci.[11]
Dr. Rudolphina Menzel (1891–1973) menggunakan anjing pebangkai cerdas ini yang terutamanya ditemukan di gurun sebagai anjing penjaga. Pada tahun 1930-an, Menzel diminta oleh Haganah agar membangunkan pertubuhan anjing khidmat. Beliau menangkap sekumpulan individu separa liar terpilih, menjinakkan, melatih, dan membiakbakakan anjing-anjing ini. Menzel menemukan bahawa anjing-anjing ini sangat mudah beradaptasi, mudah dilatih, dan mudah dibelajinakkan. Beliau mengambil masa enam bulan untuk menangkap anjing pertama, Dugma (Bahasa Ibrani: דוגמא, "Contoh") dan dalam beberapa minggu beliau dapat membawanya ke bandar dan ke dalam bas. Beliau memulakan program pembiakbakaan pada tahun 1934 untuk menyediakan anjing pekerja untuk pihak ketenteraan dan beliau memberikan anak anjing untuk dijadikan anjing peliharaan dan anjing penjaga rumah. Beliau memulakan program pembiakbakaan terpilih untuk menghasilkan baka yang kini dikenali sebagai anjing Kanaan.[perlu rujukan]
Pada tahun 1949, Menzel menubuhkan Institut Orientasi dan Mobiliti Orang Buta, dan pada tahun 1953, beliau mula melatih anjing Kanaan sebagai anjing pemandu untuk orang buta. Walaupun beliau dapat melatih beberapa ekor anjing, beliau menemukan bahawa baka ini terlalu berdikari dan terlalu kecil untuk kegunaan anjing pemandu umum, namu sesetengah anjing beliau berjaya digunakan oleh kanak-kanak. Program pembiakbakaan beliau ditumpukan dengan institut, dalam pada sebuah yayasan anjing Kanaan asuhan kenel ditubuhkan dengan nama "B'nei Habitachon". Sebagai tambahan, koleksi terkawal bagi anjing-anjing jenis asli diteruskan, terutamanya daripada orang Badwi di Naqab. Beliau kemudian membekalkan ternakan pembiakbakaan kepada Kenel Sha'ar haGai yang meneruskan pembiakbakaan anjing Kanaan.[perlu rujukan]
Selepas kematian beliau pada tahun 1973, Kenel Sha'ar haGai, yang diuruskan oleh Dvora Ben Shaul dan Myrna Shiboleth, meneruskan program pembiakbakaan menurut arahan beliau.[15]
Pengumpulan anjing Kanaan liar di Israel telah menjadi sangat sukar kerana banyak anjing Kanaan yang tinggal di tanah terbuka di sana dimusnahkan oleh Pemerintah Israel dalam usaha untuk melawan rabies. Ketersebaran populasi manusia ke kawasan yang dahulunya terasing, sekali dengan anjing peliharaan mereka, telah menyebabkan kehilangan habitat semula jadi anjing Kanaan. Malah majoriti anjing Badwi kini, selain yang milik puak yang masih menjalani gaya hidup tradisional dan terasing, kacuk dengan baka lain. Ada kemungkinan bahawa masih ada anjing Kanaan asli dalam kalangan suku-suku Badwi yang masih menjalani kehidupan nomad tradisional di tempat lain, dan mungkin di Mesir.[16] Myrna Shiboleth kerap melawati Naqab untuk mencari spesimen bagus, yang hidup di kem-kem Badwi, yang dapat dibiakbakakan oleh beliau dengan anjing-anjing beliau dan digunakan untuk memperkuat takungan gen.[17]
Anjing Kanaan berpenampilan anjing "jenis liar". Ia merupakan anjing bertubuh segi empat sama bersaiz sederhana dengan kepala berbentuk baji, telinga tegak dan terletak rendah-rendah dengan dasar lebar dan hujung membulat. Lapis bulu luarnya padat, kasar, lurus, dan pendek hingga sederhana panjang. Lapis bulu bawahnya patut rapat dan lebat menurut musim. Warna berbeza-beza daripada hitam kepada krim dan semua cahaya warna antara perang dengan merah, biasanya dengan sedikit tanda putih kecil, atau putih menyeluruh dengan tompok warna. Tompok semua jenis diizinkan, serta topeng putih atau hitam.[18]
Dalam penulisan piawaian rasmi pertama untuk anjing Kanaan, Menzel menulis: "Kepentingan khas mesti diletakkan pada unsur-unsur yang membezakan anjing Kanaan daripada anjing gembala Jerman, yang dengan bentuk baka amat tulennya kadang-kadang ia serupa: anjing Kanaan berbentuk segi empat sama, kawasan loin pendek, sukuan hadapan amat tegak, sukuan belakang kurang bersudut, lehernya mengagumkan sejauh yang mungkin, ekornya melingkar ke belakang apabila teruja, gaya ligasnya pendek (lihat juga perbezaan kepala dan warna)".[19]
Anjing Kanaan berwaspada, cepat bertindak balas, dan mencurigai orang asing. Ia amat defensif tetapi tidak agresif.[18]
Anjing Kanaan dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing Kanaan yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[20][halaman diperlukan]
Anjing Kanaan pertama kali diiktiraf oleh Kelab Kenel Israel pada tahun 1953 dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) pada tahun 1966. Piawaian pertama yang diterima ditulis oleh Dr. Menzel. Pada tahun 1986, anjing Kanaan pertama dibawa ke Finland dari Kenel Sha'ar haGai, di Israel. Anjing Kanaan kini diiktiraf oleh semua kelab kenel sedunia dan sedang dibiakbakakan di banyak negara. Terdapat kelab baka di Amerika Syarikat,[21] di Kanada, di United Kingdom,[22] di Finland, di Jerman, di Israel,[23] dan di Perancis.[24]
Pada 7 September 1965, Menzel mengirimkan empat ekor anjing kepada Ursula Berkowitz dari Oxnard, California, yang merupakan anjing-anjing Kanaan pertama di Amerika Syarikat. Canaan Dog Club of America ditubuhkan pada tahun sama[25] dan catatan buku pembaka disimpan daripada laporan-laporan pertama ini. Pada Jun 1989, anjing Kanaan memasuki Kelas Lain-lain American Kennel Club (AKC) dan kemudian menyertai Kumpulan Gembala pada tahun 1997.[25] Profilnya ditingkatkan apabila John F. Kennedy Jr. membeli seekor anjing Kanaan, bernama Friday, pada tahun 1995.[8] Anjing Kanaan didaftarkan dalam Buku Pembaka AKC setakat 1 Jun 1997. Anjing-anjing ini mula bertanding dalam pengakuran pada 12 Ogos 1997. United Kennel Club mengiktiraf anjing Kanaan pada tahun 1992 sebagai sebahagian daripada Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Paria[26] dan mempunyai Israel Canaan Dog Club of America sebagai kelab induk.[27] Kira-kira 50 ekor anak anjing dilahirkan pada setiap tahun.[28]
Anjing Kanaan pertama tiba di Kanada pada 16 Mei 1970. Anjing-anjingnya datang dari sebuah kenel di Delaware. Canadian Canaan Club ditubuhkan pada tahun 1972 dan pegawai eksekutif pertama kelab itu dilantik pada 15 Mac 1973. Kelab itu sejak itu telah dimansuhkan. Anjing Kanaan memperoleh kemasukan ke dalam Kelas Lain-lain Canadian Kennel Club pada 1 Disember 1975. Pada Januari 1993, baka ini diterima dalam Kumpulan Pekerja, kerana Canadian Kennel Club tidak mempunyai Kumpulan Gembala pada masa itu.[29]
Anjing Kanaan pertama dibawa ke United Kingdom dari Lubnan pada tahun 1965 sebelum ia merupakan baka teriktiraf. Pada Disember 1970, ia diiktiraf oleh The Kennel Club dan baka ini ditempatkan dalam Kumpulan Utiliti. Pada Mei 1992, mesyuarat penubuhan Canaan Dog Club of the United Kingdom berlangsung. Sejak tahun 1996, angka baka ini telah mula meningkat di United Kingdom, namun angkanya masih agak kecil.[30]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.