From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkor Wat (Khmer: អង្គរវត្ត , "candi kota") ialah sebuah kuil yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayavarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | អង្គរវត្ត |
Sebahagian dari | Angkor, Angkor |
Inskripsi | 1992 (sesi 19) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Siem Reap Province, Kemboja |
Koordinat | 13°24′45″N 103°52′00″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Baray. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.
Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.
Nama moden kuil ini, Angkor Wat (អង្គរវត្ត) atau Nokor Wat (នគរវត្ត),[1] adalah bermaksud "candi kota" atau "kota candi" dalam bahasa Khmer. Kata "angkor" (អង្គរ) ialah perkataan masyarakat setempat bagi perkataan nokor (នគរ), yang berarti "kota" atau "ibu kota" dalam bahasa Khmer. Kata nokor pula berasal daripada perkataan nagara (Devanagari: नगर) dalam bahasa Sanskrit.[2] Istilah wat (វត្ត), yang bererti "lingkungan kuil" berasal dari perkataan Sanskrit wāṭa (वाट) yang bermaksud "lingkungan".[3]
Nama asal candi ini ialah Preah Pisnulōk (Sanskrit: वरविष्णुलोक , Warawiṣṇuloka) atau Barom Pisnulōk (បរមវិស្ណុលោក; Sanskrit: परमविष्णुलोक , Paramawiṣṇuloka) yang bererti "kayangan Vishnu".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.