Abelisaurus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Abelisaurus

Abelisaurus (disebut /əˌbɛlɨˈsɔrəs/; "biawak Abel") merupakan satu genus dinosaur abelisaurid theropod yang dinamakan sempena Roberto Abel, yang merupakan penemu spesimen ini dan juga bekas pengarah muzium di Argentina. Ia dianggarkan hidup di zaman Cretaceous Akhir di kawasan yang kini Amerika Selatan. Ia merupakan dinosaur pemakan daging berkaki dua yang mungkin mencapai 7 hingga sepuluh meter (23 to 33 kaki) panjang, sungguhpun ini sebenarnya tidak pasti kerana ia dianggarkan dari fosil sebahagian tengkorak yang dijumpai di Argentina.[1]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Abelisaurus
Julat zaman: Akhir Usia Kapur, 80 Ma
Thumb
Profil Abelisaurus comahuensis.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Klad: Dinosauria
Order: Saurischia
Suborder: Theropoda
Keluarga: Abelisauridae
Klad: Brachyrostra
Tribus: Carnotaurini
Genus: Abelisaurus
Bonaparte & Novas, 1985
Spesies jenis
Abelisaurus comahuensis
Bonaparte & Novas, 1985
Sinonim

?Aucasaurus Coria, Chippe and Dingus, 2002

Tutup
Thumb
Pembinaan semula tengkorak Abelisaurus dengan menggunakan tulang asal daripada holotype. Skala = 10 cm.

Abelisaurus mempunyai kaki belakang yang panjang dan lansing. Tangannya agak pendek, Kepalanya panjang dan sempit tanpa tanduk atau hiasan atas kepalanya dengan mata yang terbenam dalam. Bentuk badannya mungkin menyerupai Carnotaurus. Hanya satu tengkorak yang tidak lengkap pernah dijumpai dan kini disimpan di Muzium Cipolletti, Wilayah Río Negro, Argentina.

Pada tahun 2009, Novas mencadangkan bahawa Aucasaurus garridoi mungkin sinonim junior bagi Abelisaurus.[2] Pada tahun 2010, Gregory S. Paul menamakan semula Aucasaurus kepada Abelisaurus garridoi.[3] Ini tidak mendapat penerimaan ramai.

Rujukan

Pautan luars

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.