16 Ogos merupakan hari ke-228 (hari ke-229 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 137 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kanak-Kanak di Paraguay .
Lukisan Pembunuhan Peterloo oleh Richard Carlile
1777 - Perang Revolusi Amerika : Tentera British dan Jerman Brunswick ditumpaskan dalam Pertempuran Bennington di Walloomsac, New York .
1819 - Pasukan berkuda menyerbu ke khalayak ramai, menukar perhimpunan umum menuntut perubahan politik di Manchester , England menjadi Pembunuhan Peterloo (gambar) .
1896 - Satu kumpulan yang diketuai Skookum Jim Mason menemui emas berhampiran Dawson City , Yukon , Kanada, memulakan Kerubut Emas Klondike .
1929 - Pertikaian berpanjangan antara Muslim dan Yahudi terhadap capaian ke Tembok Meratap di Baitulmaqdis meruncing menjadi rusuhan di seluruh Palestin .
1954 - Jilid 1 majalah sukan Sports Illustrated diterbitkan.
1960 - Joseph Kittinger turun dengan payung terjun dari sebuah belon di New Mexico pada 31,330 m, satu rekod untuk terjunan altitud-tinggi, ketinggian jatuhan bebas dan kelajuan terpantas manusia tanpa mesin .
1960 - Kemerdekaan Cyprus daripada United Kingdom.
1962 - Kumpulan The Beatles memecat Pete Best dan menggantikannya dengan Ringo Starr .
1972 - Sistem Ejaan Baharu Rumi Malaysia -Indonesia dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdul Razak di Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .
2008 - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memecahkan rekod Olimpik serta dunia dan memenangi pingat emas acara pecut 100-meter Olimpik dengan catatan masa 9.69 saat.
2013 - Ecuador mengumumkan akan membuka semula Taman Negara Yasuni kepada penggerudian minyak, menamatkan inisiatif enam tahun melindungi hutan hujan di situ.