9 Ogos merupakan hari ke-221 (hari ke-222 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 144 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Awan berbentuk cendawan 18 km di atas bandar Nagasaki
Pelarian Ossetia Selatan
Bendera Singapura
48 SM - Julius Caesar menewaskan Pompey dan angkatan Senat dalam Pertempuran Pharsalus , sekaligus mengukuhkan kawalannya ke atas Republik Rom .
378 - Angkatan Rom pimpinan Maharaja Valens dihancurkan oleh Goth dalam Pertempuran Adrianople .
681 - Bulgaria diasaskan sebagai Kekhanan di tebing selatan Sungai Danube , setelah menumpaskan tentera Byzantine yang diketuai Maharaja Konstantin IV di selatan delta Danube .
1048 - Paus Damasus II mangkat di Rom , setelah memerintah selama 23 hari sahaja.
1173 - Di Pisa , Itali , campanile yang akhirnya akan menjadi Menara Condong Pisa mula dibina.
1483 - Pembukaan Kapel Sistina di Kota Vatikan .
1810 - Napoleon mengilhakkan Westphalia menjadi sebahagian Empayar Perancis Pertama .
1842 - Perjanjian Webster-Ashburton ditandatangani, maka ditetapkannya sempadan Amerika Syarikat -Kanada di timur Banjaran Rocky .
1892 - Thomas Edison meraih paten bagi ciptaan telegraf dua hala.
1902 - Edward VII dinobatkan sebagai raja United Kingdom .
1907 - Perkhemahan Boy Scout pertama tamat di Pulau Brownsea di selatan England .
1936 - Sukan Olimpik ke-XI : Jesse Owens menggondol pingat emas keempatnya, menjadikannya rakyat Amerika pertama yang meraih empat pingat dalam satu temasya Olimpik .
1942 - Pemimpin India Mahatma Gandhi ditahan di Bombay oleh tentera British, lalu mencetuskan Pergerakan Tinggalkan India .
1942 - Perang Dunia Kedua : Pertempuran Pulau Savo - angkatan laut Berikat yang melindungi pasukan amfibianya pada awal Pertempuran Guadalcanal dikejutkan lalu ditewaskan oleh pasukan penjajap Tentera Laut Imperial Jepun .
1945 - Perang Dunia Kedua : Pesawat pengebom Tentera Udara A.S. Bockscar menjatuhkan sebutir bom atom bernama Fat Man yang memusnahkan Nagasaki , Jepun (gambar awan) .
1947 - Pemberhentian pengeluaran Douglas DC-4 .
1965 - Singapura (gambar bendera) berpisah daripada Malaysia lalu mencapai kemerdekaan.
1969 - Ahli-ahli kultus pimpinan Charles Manson membunuh dengan kejamnya pelakon Sharon Tate (isteri Roman Polanski ), pewaris niaga kopi Abigail Folger , pelakon Poland Wojciech Frykowski , pendandan rambut lelaki Jay Sebring , dan lepasan sekolah tinggi baru Steven Parent di Los Angeles , California.
1974 - Skandal Watergate : Richard Nixon menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama (dan sehingga kini tunggal) meletakkan jawatan.
1977 - Rejim tentera Uruguay mengumumkan bahawa negara akan kembali ke pemerintahan awam melalui pilihan raya Presiden dan Parlimen pada tahun 1981.
1988 - Wayne Gretzky ditukarkan dari Edmonton Oilers ke Los Angeles Kings dalam penukaran pemain yang paling berkontroversi dalam sejarah hoki ais .
1993 - Parti Demokratik Liberal Jepun melepaskan kepimpinan negara setelah 38 tahun.
1999 - Presiden Rusia Boris Yeltsin memecat Perdana Menteri Sergei Stepashin , dan memecat seluruh jemaah menterinya buat kali keempat.
1999 - Diet Jepun menggubal undang-undang yang menetapkan Hinomaru dan Kimi Ga Yo selaku bendera dan lagu kebangsaan .
2001 - Presiden A.S. George W. Bush mengumumkan sokongannya bagi pembiayaan persekutuan terhadap penyelidikan sel tunjang embrio secara terhad.
2006 - Polis British menahan 24 orang yang disyaki terbabit dalam berkomplot meletupkan bom cecair di atas sekurang-kurangnya 10 pesawat dari UK ke Amerika Syarikat dan Kanada .
2008 - Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan .
2009 - Taufan Morakot mengorbankan lebih 100 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
2010 - Paul Kagame terpilih semula sebagai Presiden Rwanda .
2011 - Kekacauan awam di London merebak ke sebahagian besar England .