Tembok Meratap
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tembok Meratap atau Tembok Barat (Ibrani: הכותל המערבי , translit.: HaKotel HaMa'aravi ) (Arab: حائط البراق , translit.: Haa-et Al-Buraaq ) ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmaqdis yang dibangunkan oleh Raja Salomo (Nabi Sulaiman a.s.), putera Nabi Daud. Bait Suci itu hancur ketika Palestin diserbu tentara Rom pada tahun 70 Masihi.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja.
Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah berdiam "Shekhinah" (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi). Jadi, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.
Tembok ini dulunya dikenal hanya sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut "Tembok Ratapan" kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.
Dinding ini dibahagi dua dengan sebuah pagar pemisah (mechitza) untuk memisahkan laki-laki dan perempuan. Orang Yahudi Ortodoks percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa bersama-sama dengan kaum perempuan.
Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Arab: قبة الصخرة, Qubbat As-Sakhrah), serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmaqdis ke Syurga (mikraj) dengan mengendarai Buraq.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.