Dalam falsafah Cina tradisional, fenomena alam boleh digolongkan dalam Wu Xing (Bahasa Cina: 五行; pinyin: wǔxíng), atau Lima Unsur, juga diterjemah menjadi lima fasa, lima gerakan atau lima langkah.

Unsur-unsurnya adalah:

Sistem lima unsur ini digunakan untuk menjelaskan interaksi dan hubungan antara fenomena. Sistem ini digunakan dalam kebanyakan bidang pemikiran Cina zaman silam, termasuk bidang-bidang Feng shui, astrologi, perubatan Cina tradisional, muzik, strategi ketenteraan dan seni bela diri. Asas asalnya berdasarkan konsep Lima Mata Angin.

Aliran-aliran Taijiquan tradisional mengaitkan lima unsur ini dengan gerak kaki maka memanggilnya lima "langkah". Sistem ini masih digunakan sebagai rujukan dalam beberapa bentuk perubatan kontemporari dan alternatif dan seni mempertahankan diri.

Kitaran

Doktrin lima fasa menyebutkan dua Kitaran Keseimbangan, iaitu satu kitaran penghasilan ( shēng dan satu kitaran pemusnahan ( ) mengenai interaksi sesama fasa.

Penghasilan

  • Kayu membuka Api;
  • Api meninggalkan Tanah (abu);
  • Tanah membawa Logam;
  • Logam mengumpul Air;
  • Air menyuap Kayu.

Pemusnahan

  • Kayu membelah Tanah;
  • Tanah menyerap Air;
  • Air memadam Api;
  • Api meleburkan Logam;
  • Logam memotong Kayu.

Terdapat juga dua Kitaran Ketidakseimbangan, iaitu kitaran tindakan melampau (cheng) dan kitaran penghinaan (wu).

Kosmologi dan feng shui

Menurut teori Wu Xing, struktur kosmos mencerminkan lima unsur. Setiap "unsur" mempunyai kaitan-kaitan kompleks dengan berbagai-bagai aspek alam semulajadi, seperti yang dijelaskan dalam jadual berikutnya. Dalam bidang geomansi Cina tradisional yang dikenali sebagai Feng Shui, semua pengamalnya mendasarkan seni dan sistemnya pada Wu Xing. Kelima-lima elemen ini dilambangkan dalam Bagua. Turut dikaitkan dengan unsur-unsur ini termasuk warna, musim dan bentuk; semuanya juga berinteraksi sesama sendiri.[1]

Bergantung pada aliran tenaga berarah tertentu dari unsur ke unsur, interaksi itu bolehlah mengembang, memusnah, atau menghabis. Dengan pengetahuan tepat mengenai aspek aliran tenaga sebegini bolehlah seseorang pengamal Feng Shui menerapkan pemulihan atau penyusunan semula tenaga tertentu secara bermanfaat.

Maklumat lanjut Unsur, Kayu ...
UnsurKayuApiTanahLogamAir
Warna HijauMerahKuningPutihBiru / Hitam
Mata angin TimurSelatanKemuncakBaratUtara
Planet MusytariMarikhZuhalZuhrahUtarid
Makhluk samawi Naga Biru
青龍
Burung Merah Merona
朱雀
Naga Kuning
黃龍
Harimau Putih
白虎
Kura-kura Hitam
玄武
Batang Samawi ,,,,,
Fasa Yang BaruYang PenuhKeseimbangan Yin/YangYin BaruYin Penuh
Tenaga MenjanaMengembangMembaikMengecutMemulih
Musim BungaPanasPeralihan musim
(Setiap bulan ketiga)
LuruhSejuk
Iklim BeranginHangatLembapKeringDingin
Perkembangan BertunasBerbungaMasakLayuPendam
Ternakan AnjingKambingLembuAyamKhinzir
Buah PlumAprikotJujub (kurma)PicBerangan
Bijian GandumKacangBerasHemMilet
Tutup


Bagua

Lima unsur juga dikaitkan dengan lapan trigram I Ching:

Maklumat lanjut Unsur, Kayu ...
UnsurKayuApiTanahLogamAir
I Ching Kayu, serpihanApi, kilatTanah, pasirLogam, besiAir, ais
Trigram :|| ( xùn) |:: ( zhèn) |:| ( ) ::: ( kūn) ::| ( gèn) ||| ( qián) ||: ( duì) :|: ( kǎn)
Tutup

Perubatan Cina

Mengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah). [2]

Maklumat lanjut Unsur, Kayu ...
UnsurKayuApiTanahLogamAir
Planet MusytariMarikhZuhalZuhrahUtarid
Sifat Mental KepekaanKreativitiKejelasanGerak hatiKespontanan
Emosi negatif KemarahanPengujaan berlebihanKebimbanganKesedihanKetakutan
Emosi positif KesabaranKerianganSayangKeberanianKetenangan
Zang (organ yin) HatiJantung/perikardiumLimpa/pankreasParu-paruGinjal
Fu (organ yang) Pundi hempeduUsus kecil/San JiaoPerutUsus besarPundi kencing
Organ deria MataLidahMulutHidungTelinga
Anggota badan TendonDenyutOtotKulitTulang
Bendalir Air mataPeluhLudahHingusKencing
Jari TelunjukHantuIbu jariManisKelingking
Deria PenglihatanPertuturanRasaBauPendengaran
Rasa MasamPahitManisSengitMasin
Bau TengikHangusWangiReputBusuk
Hayat LahirMudaDewasaTuaAjal
Tutup

Astrologi Cina

Astrologi Cina berasaskan interaksi lima unsur dengan dua belas bintang zodiak Cina, agar menghasilkan kitaran bintang 60 tahun.

Maklumat lanjut Unsur, Kayu ...
UnsurKayuApiTanahLogamAir
Batang Samawi Jia
Yi
Bing
Ding
Wu
Ji
Geng
Xin
Ren
Gui
Tahun lahir berakhir dengan 4, 56, 78, 90, 12, 3
Tutup

Contohnya, A labih pada tahun 1953, iaitu tahun Ular. Oleh sebab tahun lahir si A berakhir dengan angka 3, maka unsurnya ialah Air; oleh itu, si A lahir pada tahun Ular Air.

Muzik

Bab Yuèlìng (月令篇) dalam Lǐjì (禮記) dan Huáinánzǐ (淮南子) membentuk kaitan berikut:

Maklumat lanjut Unsur, Kayu ...
UnsurKayuApiTanahLogamAir
Warna HijauMerahKuningPutihBiru
Mata angin TimurSelatanTengahBaratUtara
Skala Lima Not Cina jué (mi) zhǐ (so) gōng (do) shāng (re) (la)
Tutup

Seni mempertahankan diri

Xingyi

Xingyiquan menggunakan lima unsur untuk melambangkan lima kedudukan bertempur secara metaforik.

Maklumat lanjut Unsur, Buku lima ...
Unsur Buku lima Bahasa Cina Pinyin Huraian
Kayu Tumbang Bēng Menjatuhkan sasaran bagai pokok tumbang.
Api Tumbuk Pào Menembak ke arah sasaran seperti meriam sambil menyekat.
Tanah Rentas Héng Merentasi garis serangan sambil berpaling.
Logam Belah Membelah seperti kapak memotong-motong.
Air Gerudi Zuān Menggerudi ke hadapan secara mengufuk seperti geiser.
Tutup

Lihat juga

Bibliografi

  • Feng Youlan (Yu-lan Fung), A History of Chinese Philosophy, volume 2, p. 13
  • Joseph Needham, Science and Civilization in China, volume 2, pp. 262-23
  • Maciocia, G. 2005, The Foundations of Chinese Medicine, 2nd edn, Elsevier Ltd., London

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.