From Wikipedia, the free encyclopedia
Geiser adalah suatu jenis mata air yang melepaskan air secara derasnya dan disertai dengan wap.
Fenomena yang agak jarang berlaku ini disebabkan oleh keadaan hidrogeologi tertentu yang hanya boleh didapati di beberapa tempat di Bumi. Semua tapak geiser secara umumnya terletak berdekatan dengan kawasan gunung berapi yang aktif di mana letusan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemanasan aliran magma. Air permukaan mengalir turun ke kedalaman rata-rata sekitar 2000 meter (6,600 kaki) di mana ia bersentuhan dengan batu panas. Pendidihan air bertekanan tinggi ini menyebabkan air panas dan wap menyembur keluar dari lubang di permukaan Bumi (yakni sebagai suatu ledakan hidroterma).
Sekurang-kurangnya 1,283 buah geiser telah meletus di Taman Negara Yellowstone, Wyoming, Amerika Syarikat; dan rata-rata 465 geiser aktif dalam sesebuah tahun.[1][2] Aktiviti letusan geiser barangkalinya boleh terjejas atau terhenti akibat pengumpulan mineral yang berterusan dalam lohong geiser, pertukaran fungsi dengan mata air panas yang berdekatan, gempa bumi, serta campur tangan manusia.[3]
Geiser merupakan ciri muka bumi yang bersifat sementara. Ia biasanya dikaitkan dengan kawasan gunung berapi.[4] Pendidihan air menyebabkan tekanan yang dihasilkan memaksa wap dan air panas ke permukaan melalui saluran dalaman geiser. Pembentukan geiser secara khususnya memerlukan gabungan tiga keadaan geologi yang biasanya ditemui di kawasan gunung berapi.[4]
Para saintis dahulunya menyangka tiada sebarang hidupan yang mampu hidup melebihi suhu maksimum 73 °C (163 °F) yang merupakan had atas sianobakteria kerana struktur protein selular dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalamnya boleh musnah jika melebihi takat ini. Suhu optimal bakteria termofil dikira lebih rendah lagi pada ketika itu sekitar 55 °C (131 °F).[6] Namun, pemerhatian yang dibuat mereka bermula sekitar tahun 1960-an mendapati bahawa hidupan boleh wujud pada suhu yang tinggi sebegini; malah ada juga sesetengah bakteria yang lebih memilih untuk hidup dalam suhu yang lebih tinggi daripada takat didih air. Terdapat banyak jenis bakteria yang telah ditemui dengan ciri-ciri ini,[7] dan enzim-enzim yang diperolehi daripada hidupan sebegini telah banyak digunakan sebagai bahan termostabil dalam pelbagai kegunaan perubatan dan bioteknologi.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.