From Wikipedia, the free encyclopedia
Walrus atau juga gajah mina[1] merupakan sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara.
Walrus | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Superkeluarga: | Pinnipedia |
Keluarga: | Odobenidae Allen, 1880 |
Genus: | Odobenus Brisson, 1762 |
Spesies: | O. rosmarus |
Nama binomial | |
Odobenus rosmarus (Linnaeus, 1758) | |
Subspesies | |
O. rosmarus rosmarus | |
Taburan walrus |
Menurut J.R.R. Tolkien,[2] perkataan "walrus" itu datang daripada rumpun bahasa Jermanik baik dari bahasa Belanda atau bahasa Norse lama; komponen "wal-" dikatakan berasal daripada walvis iaitu "ikan paus" dalam bahasa Belanda manakala komponen "-rus" dikatalan berasal daripada "hross" aitu "kuda" (lihat juga horse)'.[3] Ada juga teori yang menyatakan ia datang daripada gabungan kata bahasa Belanda wal ("pantai") dan reus ("gergasi").[4]
Nama "gajah mina" pula datang daripada perkaitan rupa haiwan ini dengan suatu haiwan lagenda dalam mitologi Hindu iaitu Makara yang dipercayai ada kepala gajah dan badan ikan (mina)[5][1] - kamus dwibahasa Wilkinson ada memberikan tafsiran lain nama ini yang beralih sebagai "ikan paus".[6]
Walrus ialah sejenis mamalia dari order Carnivora. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam keluarga Odobenidae, salah satu tiga garis keturunan dalam superkeluarga Pinnipedia bersama-sama Phocidae dan Otariidae.
Terdapat dua subspesies walrus yang dikenal pasti secara meluas iaitu walrus Atlantik (O. r. rosmarus- Linnaeus, 1758) dan walrus Pasifik (O. r. divergens - Illiger, 1815). Perbezaan genetik yang tetap antara kedua-dua subspesies ini menandakan suatu pemisahan dalam taburan mereka yang berlaku dalam dianggarkan antara 500 dan 785 alaf yang lalu.[7]
Walrus Pasifik mempunyai taburan lebih banyak daripada walrus Atlantik. Kebanyakan walrus Pasifik kelihatan pada musim panas di kawasna utara Selat Bering di Laut Chukchi sepanjang lautan Artik ke pesisiran utara Siberia Barat berhampiran Pulau Wrangel, di Laut Beaufort sepanjang pesisiran utara Alaska ke Pulau Unimak[8] serta di perairan antara kedua-dua kawasan ini. Walrus Atlantik pula bertaburan di kawasna pesisiran utara Kanada ke Greenland, Svalbard, serta kawasan barat Rusia Artik.
Haiwan ini cenderung hidup di kawasan berpentas benua serta mencari makanan di dasar laut, tuertamanya dari dasar ais laut.[9]
Ia mampu makan pelbagai jenis haiwan sehingga sebanyak 60 jenis termasuk udang, ketam, batu karang lembut, timun laut, moluska sehingga juga anggota hidupan pinniped lain.[10] Walau bagaimanapun, haiwan ini paling menggemari moluska bivalva seperti kepah yang muncul di dasar laut.[11]
Paus pembunuh dan beruang kutub sahaja yang merupakan haiwan pemangsa kepada walrus.[12]
Secara tradisinya, kesemua bahagian walrus mempunyai kegunaannya yang tertentu:[13]
Haiwan ini banyak diburu oleh para pemburu anjing laut dan ikan paus dari Amerika Utara dan Eropah pada abad ke-18 dan 19 sehingga hampir melenyapkan taburan walrus Atlantik.[14] Pemburuan secara komersil kini diharamka dalam lingkungan habitat ia, namun masyarakat peribumi tertentu seperti orang-orang Chukchi, Yupik and Inuit[15] dibenarkan memburu sebilangan kecil walrus pada hujung musim panas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.