From Wikipedia, the free encyclopedia
Villarreal Club de Fútbol, S.A.D., selalunya dipanggil Villarreal CF atau Villarreal, ialah sebuah kelab bola sepak yang berasal dari Villarreal, Sepanyol yang bermain di La Liga, liga tertinggi di Sepanyol.
Nama penuh | Villarreal Club de Fútbol S.A.D. | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | El Submarino Amarillo (The Yellow Submarine atau 'Kapal Selam Kuning') | |||
Diasaskan | 10 Mac 1942 sebagai Club Atlético Foghetecaz | |||
Stadium | Estadio de la Cerámica (Kapasiti: 23,500) | |||
President | Fernando Roig | |||
Ketua Jurulatih | Unai Emery | |||
Liga | La Liga | |||
2020–21 | La Liga, tempat ke-7 dari 20 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Diasaskan pada 1942, kelab ini banyak menghabiskan masanya di divisyen bawahan dan hanya melakukan debut La Liga mereka pada 1998. Pada abad ke-21, Villarreal berjaya mengimbangi kedudukan mereka di dalam liga,dan membuat kemunculan pertama di Liga Juara-juara Eropah pada 2005. Kelab ini juga muncul di Liga Europa namun tersingkir dari saingan liga pada 2012, kembali semula pada musim seterusnya dan kekal di liga teratas hingga kini. Villarreal memenangi trofi utama pertama mereka pada 2021, mengalahkan Manchester United di pentas final Liga Europa 2021.
Diberi gelaran Submarí Groguet atau El Submarino Amarillo (The Yellow Submarine atau 'Kapal Selam Kuning') disebabkan oleh kit tuan rumah mereka yang berwarna kuning dan juga kerana menjadi pasukan berprofil rendah berbanding Real Madrid, Barcelona, Atlético Madrid, dan saingan serantau Valencia. Stadium tuan rumah pasukan ini ialah Estadio de la Cerámica.[1] Kelab ini juga dijadikan sebagai contoh kelab kecil tetapi tetap berjaya.[2]
Villarreal CF telah diasaskan sebagai Kelab Deportivo Villarreal pada 10 Mac 1923 "untuk mempromosikan semua sukan terutamanya Bola Sepak." Stadium ini disewa untuk 60 peseta sebulan dan harga tiket ditetapkan pada setengah peseta untuk lelaki dan suku peseta untuk kanak-kanak. Wanita diberikan kemasukan percuma.[3] Pada 17 Jun 1923, Castellón, saingan moden kelab ini, bermain perlawanan pertama menentang kelab yang dinamakan sempena Miguel de Cervantes. Pada 21 Oktober tahun itu, Villarreal bermain perlawanan pertama mereka, menentang Castellón.[3] Villarreal bermula dengan kit kemeja putih dan seluar pendek hitam, tercermin dalam lencana pertama mereka.[4]
Villarreal menyertai pertandingan serantau dalam piramid bola sepak Sepanyol dari 1929 hingga 1930 dan seterusnya. Musim 1934–35 menyaksikan pasukan ini tewas kepada Cartagena apabila kemenangan akan menyaksikan mereka dinaikkan ke Divisyen Kedua(peringkat kebangsaan).[3] Musim berikutnya menyaksikan Villarreal memenangi Divisyen Pertama di peringkat rantau sebelum tercetusnya Perang Saudara Sepanyol.[3]
Apabila perang tamat pada tahun 1939, kelab ini bermain semula di Divisyen Kedua di peringkat rantau.[3] Walau bagaimanapun, CD Villarreal telah dibubarkan pada awal 1940-an, dan pada tahun 1942, CA Foghetecaz, akronim untuk pengasas kelab (Font, Gil, Herrero, Teuler, Catalá dan Zaragoza) antara beberapa kelab yang lahir di sekitar tempatnya.Pada tahun 1946, kelab baru itu menyertai Persekutuan Bola Sepak Valencia dan menamakan dirinya sebagai CAF Villarreal, di mana F mewakili Foghetecaz.[4]
Nama itu ditukar sekali lagi kepada Villarreal CF semasa pada tahun 1954, dengan lencana yang hampir menyerupai lencana dengan yang terkini.[4] Mereka menduduki tempat ketujuh dan kemudian keempat dua kali dalam divisyen serantau Pertama sebelum dinaikkan ke Liga Tercera (liga tangga ketiga peringkat kebangsaan) sebagai juara pada tahun 1956. Mereka tersingkir pada 1960–61 selepas menduduki tempat ke-14.[3] Kelab ini menggunakan lencana mereka yang terkini pada pertengahan tahun 1966.[4] Pada 1966–67, Villarreal kembali ke Tercera sebagai juara. Pada tahun 1970, mereka sampai ke Liga Segunda buat kali pertama.[3]Selepas hampir mengelak penyingkiran pada musim pertama mereka, mereka tersingkir pada musim berikutnya. Pada 1975–76, mereka telah tersingkir dari Tercera ke divisyen serantau, tetapi dinaikkan semula semula pada musim berikutnya. Pada 1986–87, Villarreal telah dinaikkan ke Liga Segunda B.[3] Pada tahun 1990, mereka menduduki tempat ke-18 dan tersingkir semula ke Tercera.
Terdapat kenaikan berturut-turut apabila kelab ini kembali ke Segunda B dan menduduki tempat kedua, memperoleh kenaikan ke Segunda A buat kali pertama. Dari 1992 hingga 1993, Villarreal sering berada di kedudukan rendah atau pertengahan liga, tetapi mencapai play-off pada 1997–98 dengan menduduki tempat keempat.[5] Play-off dua perlawanan adalah menentang Compostela. Villarreal menjadi tuan rumah perlawanan pertama yang seri 0–0, tetapi perlawanan kedua di laman sendiri pasukan yang berasal dari Galicia itu adalah seri 1–1, justeru Villarreal dinaikkan mengikut peraturan di tempat lawan.
Debut La Liga Villarreal bermula dengan perlawanan menentang juara bertahan Eropah, Real Madrid di Stadium Santiago Bernabéu pada 31 Ogos 1998. Perlawanan pertama di tempat sendiri menentang Celta de Vigo[5] seminggu selepasnya. Mengalami musim yang sukar, Villarreal telah tersingkir ke Segunda Division untuk musim 1999-2000, tetapi dengan menduduki tempat ketiga, mereka kemudiannya dinaikkan semula ke Primera División.
Selepas menduduki tempat ketujuh sekembalinya ke Primera, Villarreal menduduki tempat ke-15 untuk dua musim berturut-turut.[5] Villarreal bertanding dalam Piala Intertoto UEFA pada pertengahan tahun 2002, menewaskan FH dari Iceland, Torino dari Itali, dan Troyes daripada Perancis. Mereka tewas dalam perlawanan akhir kepada pasukan senegara Málaga, dengan agregat 2–1.[6]
Pada pertengahan tahun 2003, mereka mengalahkan pasukan Belanda, Heerenveen dalam perlawanan akhir Piala Intertoto, sekali gus melayakkan diri ke Piala UEFA. Dalam penampilan pertama mereka di Eropah, Villarreal mara ke separuh akhir Piala UEFA, tewas kepada jiran dan akhirnya juara Valencia. Dalam liga, Villarreal menamatkan saingan di tempat kelapan. Pada pertengahan tahun 2004, Villarreal mengekalkan gelaran juara Piala Intertoto, menewaskan rakan senegara Atlético Madrid dengan penentuan penalti selepas perlawanan akhir berakhir dengan agregat 2–2. Ini melayakkan mereka ke Piala UEFA. Mereka tewas pada suku akhir Piala UEFA musim 2004–05 kepada pasukan Belanda, AZ, tewas dengan agregat 3–2. Pada musim yang sama, Villarreal menamatkan saingan di tempat ketiga dalam La Liga, menjadikan kelab itu layak secara langsung pertama kali ke kejohanan berprestij Eropah, Liga Juara-juara Eropah. Penyerang tengah kelab itu Diego Forlán memenangi Trofi Pichichi untuk penjaring terbanyak dalam liga, dengan 25 gol.
Villarreal menewaskan Everton,pasukan dari Liga Perdana Inggeris dalam pusingan kelayakan untuk peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah musim 2005-06. Kumpulan itu menyaksikan Villarreal tidak tewas, seri kedua-dua perlawanan menentang Manchester United dan mencapai keputusan seri dan kemenangan masing-masing menentang Lille dari Perancis dan Benfica dari Portugal. Kemenangan ke atas Benfica adalah di tempat lawan dan kedua-dua pasukan mara ke pusingan 16 terakhir.[7]
Kelab ini kemudiannya seri 3–3 menentang Rangers dari Scotland dalam 16 Terakhir, mara dengan gol di tempat lawan kerana seri 2–2 di Stadium Ibrox. Pada suku akhir, Villarreal menewaskan Inter Milan dengan gol di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 2–2. Kelab itu tunduk pada separuh akhir menentang Arsenal, tewas 1–0 di tempat lawan di Highbury. Juan Román Riquelme mendapat penalti namun diselamatkan oleh Jens Lehmann dalam perlawanan di tempat sendiri, yang berakhir 0–0. Arsenal mara dan tewas dalam perlawanan akhir di Paris kepada sebuah lagi kelab Sepanyol, Barcelona. Villarreal menduduki tempat ketujuh dalam La Liga, yang hanya memperoleh kelayakan ke Piala Intertoto.
Villarreal bertanding Piala Intertoto pada pertengahan 2006 dan tersingkir dalam perlawanan pertamanya, kepada Maribor dari Slovenia. Perlawanan pertama tewas 2–1 di tempat sendiri dan perlawanan di tempat lawan adalah seri 1–1.[8] Pasukan ini menduduki tempat ke-5 dalam La Liga dan layak ke Piala UEFA. Villarreal memperoleh kedudukan liga terbaik mereka pada 2008, menduduki tempat kedua di belakang Real Madrid dengan lapan mata, dan juga mara ke peringkat 32 terakhir dalam Piala UEFA musim itu. Selepas menewaskan BATE Borisov dari Belarus dalam pusingan kelayakan, pasukan ini memenangi Kumpulan C tanpa kalah.[9] Lawan mereka dalam kumpulan ialah Fiorentina dari Itali, Mladá Boleslav dari Republik Czech, IF Elfsborg dari Sweden, dan AEK Athens dari Greece.
Dalam pusingan 32 pasukan terbaik, Villarreal telah dikalahkan oleh bakal juara Zenit Saint Petersburg, tewas pada perlawanan pertama 1–0 di Rusia hasil gol Pavel Pogrebnyak. Perlawanan kedua dimenangi 2–1 oleh Villarreal di El Madrigal, tetapi Zenit mara mengikut peraturan gol di tempat lawan.
Kelab ini secara automatik layak ke Liga Juara-Juara UEFA bagi musim 2008-09, kerana mereka menduduki tempat kedua dalam La Liga musim sebelumnya. Mereka diundi bersama Manchester United, untuk kempen kedua berturut-turut, Celtic, dan Aalborg BK. Mereka melalui permulaan yang baik dengan menahan juara semasa Eropah Manchester United dengan keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford, keputusan seri 0–0 ,ketiga berturut-turut menentang gergasi Inggeris itu. Kemenangan pertama telah diraih pada 30 September dengan menewaskan pasukan kendalian Gordon Strachan, Celtic 1–0 di El Madrigal, hasil tendangan sepakan percuma Marcos Senna. Pada 21 Oktober, semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Aalborg, mereka menjaringkan enam gol berbalas tiga. Pasukan Sepanyol itu mara ke peringkat kalah mati selepas seri 2–2 dengan Aalborg di Denmark dan seri tanpa jaringan sekali lagi menentang Manchester United. Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, mereka tewas kepada Celtic yang sudah tersingkir.
Di peringkat kalah mati, mereka berdepan Panathinaikos, yang meninggalkan Villarreal dengan kelebihan 1–1 di tempat lawan, walaupun pasukan Greece ini tewas 1–2 di Athens. Villarreal mara ke suku akhir buat kali kedua dalam dua percubaan, dan sekali lagi digandingkan dengan Arsenal. Pusingan pertama menyaksikan keputusan seri 1–1 menerusi sepakan percuma Marcos Senna, disamakan dengan jaringan gol teknik volley Emmanuel Adebayor. Gol jaringan Theo Walcott, Emmanuel Adebayor, dan Robin van Persie memastikan kemenangan 3-0 untuk Arsenal pada perlawanan timbal balik, menyingkirkan Villarreal daripada kejohanan.
Walaupun menamatkan saingan di luar tempat kelayakan Eropah dalam liga domestik, Villarreal telah diberikan tempat dalam pusingan kelayakan 2010–11 Liga Europa selepas UEFA menentukan bahawa kes penyelewengan kewangan pasukan Mallorca menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Kemenangan 5–0 di tempat sendiri dan kemenangan 2–1 di tempat lawan menentang Dnepr Mogilev melayakkan mereka ke peringkat kumpulan. Villarreal mengalami kejutan awal berikutan kekalahan mengejut 2–0 dalam perlawanan di tempat lawan menentang Dinamo Zagreb. Walaupun begitu, bagaimanapun, kemenangan kemudiannya menentang Dinamo, Brugge KV dan PAOK menyaksikan mereka melepasi peringkat kumpulan.
Selepas menewaskan Napoli, Bayer Leverkusen dan Twente dalam fasa kalah mati, Villarreal layak ke separuh akhir untuk berdepan pasukan pilihan kejohanan, Porto. Selepas mendahului 0–1 di Estádio do Dragão, Porto membuat perubahan yang luar biasa yang berakhir dengan kekalahan 5–1 untuk Villarreal. Walaupun Villarreal memenangi perlawanan kedua dengan kemenangan 3–2, jumlah gol perlawanan pertama Porto menyaksikan mereka mara ke final secara agregat, di mana mereka menewaskan Braga untuk dinobatkan sebagai juara. Giuseppe Rossi dinobatkan sebagai penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan 11 gol, di belakang pemain Porto, Radamel Falcao.
Pada 13 Mei 2012, Villarreal telah diturunkan dari La Liga selepas kekalahan kepada Atlético Madrid. Selepas musim yang mengerikan, kelab itu mengalami tragedi yang menyayat hati apabila Manolo Preciado, dilantik sebagai pengurus baharu Villarreal pada 6 Jun 2012, meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari itu.[10] Selepas penyingkiran mereka, terdapat pemindahan besar-besaran pemain dari kelab, dengan pemain bintang seperti Borja Valero, Diego López, Giuseppe Rossi dan Nilmar meninggalkan pasukan.[11]
Selepas setahun di Segunda División, Villarreal dinaikkan semula ke La Liga pada hari terakhir musim selepas menamatkan saingan di tempat kedua selepas juara Elche. Pasukan itu memulakan tempoh baharunya di liga teratas dengan memenangi tiga perlawanan pertamanya; rentak kemenangan berakhir dengan seri menentang Real Madrid di El Madrigal, walaupun pasukan itu tidak tewas sehingga tumbang kepada Real Betis 1–0 pada hari perlawanan ketujuh musim itu.Mereka menamatkan musim 2013-14 di tempat keenam, sekali gus melayakkan mereka ke Liga Europa untuk musim depan.
Pada musim 2014–15, Villarreal sekali lagi menamatkan tahun ini di tempat keenam, cukup untuk memastikan kelayakan terus ke peringkat kumpulan Liga Europa. Pada musim 2015–16, Villarreal mendahului La Liga buat kali pertama pada minggu keenam dan ketujuh, sebelum jatuh ke tempat kelima pada minggu berikutnya. Kelab itu menamatkan musim ini di tempat ke-4 dan dengan itu mara ke pusingan playoff Liga Juara-juara Eropah. Kelab itu mara ke separuh akhir Liga Juara-juara Eropah musim 2015-16,tetapi disingkirkan oleh Liverpool. Villarreal memenangi perlawanan pertama 1–0, tetapi tewas 3–0 di Liverpool untuk kalah 3–1 secara agregat.[12]
Pada musim 2019–20, Villarreal menduduki tempat ke-5 dalam liga, memperoleh tempat dalam Liga Europa musim 2020-21. Pasukan itu berjaya mara ke final Liga Europa, di mana kelab itu mencapai keputusan 1–1 selepas masa tambahan dan menewaskan pasukan pilihan Manchester United 11–10 menerusi sepakan penalti.[13] Ini adalah trofi utama benua Eropah pertama yang dimenangi oleh pasukan ini. Dengan kemenangan itu, Villarreal menukar penyertaan tahun depannya daripada Liga Konferensi Europa UEFA kepada Liga Juara-juara Eropah .[14] Pada 9 Disember 2021 Villarreal layak ke Pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga dalam sejarah mereka.
Villarreal telah mempunyai persaingan yang lama dengan Castellón atas sebab geografi, kerana kedua-duanya dari wilayah Castellón. Mereka juga menyaingi Valencia, kerana kedua-duanya merupakan pasukan paling kompetitif dalam Komuniti Valencia; pertembungan ini dipanggil Derbi de la Comunitat.
Kit kuning terkenal kelab ini bermula pada tahun 1947. Dengan musim baharu yang semakin hampir, anak kepada presiden Villarreal ketika itu pergi ke Valencia untuk membeli pengganti kit rasmi kelab iaitu baju putih dan seluar pendek hitam. Apabila mendapati kedai itu tidak mempunyai stok, dia sebaliknya membeli satu-satunya warna yang mereka ada, iaitu kuning. Para pemain bersetuju bahawa baju itu sesuai, walaupun mereka tidak berminat dengan seluar pendek hitam, jadi anak lelaki presiden itu pergi ke Castellón dan membeli sekumpulan seluar pendek putih. Para pemain mengundi bahawa seluar mereka harus diwarnakan dengan warna biru.[17] Selepas kekal sebagai kit rasmi kelab untuk tempoh lama, kombinasi baju kuning dan seluar pendek biru kali terakhir dipakai pada musim 2002–03, dan kelab itu telah memakai warna kuning pada baju dan seluar mereka sehingga kini.[18] Kit untuk di tempat lawan pula berwarna navy blue (biru tua).
Dari 2005 hingga 30 Jun 2011, penaja baju pasukan ini ialah "Aeroport Castello", sebuah lapangan terbang. Penaja baju yang terkini ialah Pamesa, sebuah syarikat seramik. Dari musim 2016–17, kit pasukan ini dibuat oleh Joma, yang sebelum ini telah dikeluarkan oleh syarikat China Xtep, Puma dari Jerman dan lain-lain.
|
|
|
|
Pertandingan | P | M | S | K | JG | GB | PG | %M |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Liga Juara-juara Eropah | 34 | 9 | 12 | 13 | 31 | 40 | −9 | 26.47 |
Piala UEFA / Liga Europa | 126 | 72 | 30 | 24 | 225 | 125 | +100 | 57.14 |
Piala Intertoto UEFA | 24 | 12 | 8 | 4 | 32 | 16 | +16 | 50.00 |
Piala Super UEFA | 1 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | +0 | 0.00 |
Jumlah | 185 | 93 | 51 | 41 | 289 | 182 | +107 | 50.27 |
Nota:
* P mewakili Perlawanan.
* M mewakili Menang, S mewakili Seri dan K mewakili Kalah.
* JG mewakili Jaringan Gol, GB mewakili Gol Bolos dan PG mewakili Perbezaan Gol.
* %M mewakili Peratus Kemenangan
Rank | Team | Points |
---|---|---|
20 | Napoli | 74.000 |
21 | RB Leipzig | 66.000 |
22 | Villarreal | 62.000 |
23 | Red Bull Salzburg | 59.000 |
24 | Benfica | 58.000 |
Nama panggilan pasukan ini adalah El Submarino Amarillo (Kapal Selam Kuning) kerana jalur kuning mereka.Maskot mereka (dinamakan Groguet, "Kuning Kecil") dicirikan sebagai kapal selam bersifat Antropomorfisme. Ia membuat penampilan sulungnya pada 26 Oktober 2001 dan dinamakan pada 13 Disember tahun itu oleh seorang anak tempatan berusia 12 tahun, Javier Fuster Almela, berikutan pertandingan seluruh wilayah terbuka kepada bawah 15 tahun.[20]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Penampilan terbanyakNama pemain yang ditebalkan menandakan pemain yang masih bermain bersama kelab
|
Penjaring terbanyak
|
Posisi | Nama |
---|---|
Ketua Jurulatih | Unai Emery |
Pembantu Jurulatih | Imanol Idiakez |
Jurulatih Penjaga Gawang | Javi García |
Jurulatih kecergasan | Mario Segarra |
Perwakilan | Xisco Nadal |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Villarreal CF |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.