From Wikipedia, the free encyclopedia
Tukang sayap putih (Eleothreptus candicans) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Bolivia, Brazil, dan Paraguay.[2]
Tukang sayap putih | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Eleothreptus |
Spesies: | E. candicans |
Nama binomial | |
Eleothreptus candicans (Pelzeln, 1867) | |
Ia dan dua tukang lain pernah disusunkan dalam genus Thermochalcis yang kemudiannya digabungkan ke dalam Caprimulgus. Sejak awal 2010-an, ia telah diletakkan dalam genus terkininya, Eleothreptus, yang dikongsi bersama dengan Eleothreptus anomalus. Ia ialah ekajenis.[3][4][2]
Panjangnya ialah 19 hingga 23 cm (7.5 hingga 9.1 in). Jantan dewasa mempunyai berat 46 hingga 55 g (1.6 hingga 1.9 oz) dan betina 46 hingga 55 g (1.6 hingga 1.9 oz). Bahagian atas jantan dewasa perang-kelabu pucat dengan tompok kehitaman tebal pada gombak dan jalur, sorot, dan bintik perang pada bahagian selebihnya. Sebahagian besar mukanya perang, dengan supersilium putih dan "misai". Dadanya perang-kelabu dengan sedikit berangan dan sorot serta bintik perang; bahagian bawah selebihnya berwarna putih. Dalam penerbangan, jantan memaparkan sayap keputihan dan ekor yang kebanyakannya putih. Betina dewasa mempunyai bahagian bawah kuning pucat dan tiada putih pada buluannya. Juvenil lebih perang berbanding kelabu.[4][5][6]
Ia dikenali dari tapak yang terpisah secara meluas di utara Bolivia, selatan-tengah Brazil, dan timur Paraguay. Terdapat juga laporan sejarah dari tapak di selatan Brazil. Ia mendiami padang rumput terbuka dengan pokok dan semak bertaburan seperti savana dan cerrado. Dalam ketinggian, julatnya dar aras laut hingga 210 m (690 ka).[4]
Ia mungkin menghijrah dalam sekurang-kurangnya sebahagian daripada julatnya.[4]
Ia kebanyakannya meramu dalam penerbangan rendah yang berterusan, namun pernah juga telah dirakamkan menangkap mangsa dari tenggeran rendah. Penerbangannya "biasanya perlahan dan kerap diselangi oleh luncuran". Ia memakan serangga termasuklah kumbang dan rama-rama.[4]
Sarang pertama ditemui pada tahun 1997. Dua biji telur sesangkak diltelurkan terus ke atas tanah. Di Paraguay, peneluran didokumenkan dari pertengahan September hingga pertengahan November. Betina sahaja mengeram telur. Jantan membuat penerbangan paparan yang menunjukkan putih sayap dan ekornya; paparan tersebut nampaknya bersifat wilayah dan untuk tarikan pasangan.[4][6]
Jantannya membuat seruan wilayah lembut "tsyere-sye-syo" semasa berkejaran. Penerbangan paparan juga mempunyai bunyi sayap kekok. Seruan penggeranya ialah "iik" mendadak.[4][7]
IUCN pada asalnya menilainya sebagai Terancam (T), kemudian pada tahun 1994 sebagai Terancam Genting (CR), dan pada tahun 2000 sebagai Terancam (EN). Sejak 2019, ia telah dinilai sebagai Terjejas (VU). Ia mempunyai populasi yang sangat kecil dan diketahui hanya dari beberapa tapak yang berselerak. Ancaman utama termasuklah penukaran habitat kepada pertanian (padang rumput, tanaman baris, dan ladang Eucalyptus) dan kebakaran.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.