From Wikipedia, the free encyclopedia
Tisel (thistle) atau rumput duri[1] merujuk umum kepada spesies-spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae. Bunga spesies-spesies ini mempunyai bentuk tersendiri di mana pangkalnya ada banyak daun yang berhujung tajam.
Bunga ini mempunyai seberapa banyak genus yang tersendiri dalam keluarga Asteraceae:
Sesetengah spesies tumbuhan dalam genus Cynara merupakan sumber renet sayuran utama digunakan dalam pembuatan keju komersil.[2] Ada juga beberapa spesies dalam genus Silybum yang ditanam untuk mendapatkan biji benih yang mampu menghasilkan minyak sayuran; biji benih ini turut merupakan bahan utama dalam penghasilan silibinin,[3][4][5] sejenis sebatian yang dipercayai boleh merawat sirosis hati.[6]
Banyak spesies tisel lain adalah penting sebagai tumbuhan madu - yakni tumbuhan mengandungi nektar yang merupakan bahan utama dalam penghasilan madu oleh lebah madu - terutamanya dalam menghasilkan produk madu bermutu dan bernilai tinggi.[7][8][9]
Plinius yang Tua serta seberapa orang penulis pada zaman pertengahan terkemudian berpendapat bahawa ia boleh dijadikan bahan penawar memulihkan pertumbuhan rambut kepada kepala botak. Masyarakat zaman moden awal turut beranggapan bahawa tumbuhan ini boleh mengubat sakit kepala, wabak, kudis, vertigo dan penyakit demam kuning.[10]
Tisel merupakan bunga kebangsaan Scotland sejak pemerintahan Alexander III (1249-1286). Ia tidak hanya pernah digunakan pada mata wang, pingat dan lambang pertubuhan berkaitan negeri tersebut; malah juga melambangkan kebudayaan orang-orang yang berhijrah dari negeri ini ke rantauan jauh seperti di Kanada dan Amerika Syarikat.
Perlambangan ini datang daripada suatu legenda di mana kononnya seketumbukan tentera Norse cuba mencuri masuk sebuah perkhemahan tentera Scotland; salah satu pahlawan Norse ini yang berkaki ayam terpijak sekuntum tisel yang berduri lalu menjerit kesakitan - jeritan ini segera mengejutkan askar-askar Scotland dari tidur mereka lalu menyerang tentera Norse ini. Beberapa sumber mencadangkan peristiwa Pertempuran Largs yang menyebabkan pengunduran Raja Haakon IV dari Norway yang berkuasa terhadap Utara dan Hebrid; askar pimpinan raja ini pernah menyerang pesisiran Kerajaan Scotland selama beberapa tahun.[11]
Spesies Onopordum acanthium dijadikan bunga rasmi kawasan Lorraine di Perancis sejak sejarah awalnya sebagai sebuah kerajaan pada Zaman Pertengahan - ia dipakai seorang pembesar utama kerajaan ini René dari Anjou kerana perlambangan Kristiannya - getah putih yang kelihatan merembes dari bunga ini dikatakan melambangkan susu titisan Bunda Maria menyusukan anaknya Yesus Kristus - malah juga sebagai simbol cinta.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.