Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hebrides [ˈhɛbrᵻdiːz; hé-bri-diz](Gaelik Scotland: Innse Gall ) ialah suatu rantau di pesisir barat tanah besar Scotland, United Kingdom yang terdiri daripada kepulauan yang bertaburan meluas dan pelbagai. Terdapat dua gugusan pulau utama yang membentuk kepulauan ini iaitu Hebrides Dalam (Inner Hebrides) dan Hebrides Luar (Outer Hebrides).
Kepulauan ini banyak menyaksikan sejarah kepada banyak kuasa yang menakluk kawasan ini (dari bangsa Celt ke bangsa-bangsa Norse dan Inggeris) sehingga banyak mempengaruhi budaya setempat di sana. Ia sendrinya merupakan tanah asal memekar budaya Gael dari tradisi muziknya kepada bahasa Gaelik Scotland yang merupakan bahasa asli di Scotland.
Gugusan kepulauan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama yang dipisahkan antara satu sama lain oleh suatu selat di bahagian utara benama The Minch dan Laut Hebrides ke selatan:
Secara keseluruhannya, kedua-dua gugusan pulau ini mempunyai keluasan kira-kira 7,200 kilometer persegi (2,800 bt2) dengan kependudukan sebanyak 44,759 orang.
Rantau kepulauan ini mempunyai iklim sejuk yang dirasai sangat sederhana dan stabil jika melihat kedudukan pada latitud utara, hal kerana pengaruh Arusan Teluk. Ssuhu purata tahunan gugusan Hebrides Luar ialah 6° C (44° F) pada bulan Januari dan 14° C (57° F) pada musim panas.
Purata hujan turun di Lewis adalah 1,100 milimeter (43 in) manakala panjang dedahan jam cahaya matahari dikira dari sekitar 1,100 hingga 1,200 hari setahun (13%). Hari-hari musim panas agak panjang di mana bulan-bulan Mei hingga Ogos merupakan tempoh disukat bercuaca paling kering. [1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.