Templat:Laman Utama-Kandungan Atas/ujian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana pilihan
Kompleks Tun Abdul Razak (singkatan Komtar), juga dikenali sebagai Kompleks Angkasa Perdana, ialah sebuah kompleks sivik di George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760 ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia dan di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman luar bandar dan pusat pengangkutan bas dan keretapi. Kompleks ini mengandungi pejabat yang berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000 m2) dan ruang komersial di atas blok bandar seluas 27-ekar (11 he). Komtar kini merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Parti Buruh menang pilihan raya umum United Kingdom 2024 dan Keir Starmer (gambar) menjadi perdana menteri.
- Calon reformis, Dr Masoud Pezeshkian dipilih Presiden Iran ke-9, mengalahkan Saeed Jalili, calon konservatif.
- Sebuah rempuhan berlaku semasa acara keagamaan di Uttar Pradesh, India, mengakibatkan sekurang-kurangnya 120 orang mati.
- Kerajaan baharu Belanda pimpinan Dick Schoof secara rasmi mengangkat sumpah selepas lebih 220 hari berlangsungnya pilihan raya umum.
Tahukah anda...
- ... bahawa Katsudō Shashin adalah jalur filem animasi Jepun yang merupakan karya animasi tertua dari Jepun? Wikipedia:Tahukah anda/25/4 Wikipedia:Tahukah anda/79/4
- "... bahawa siri manga Naruto telah menamatkan penerbitannya pada bab ke-700 setelah selama 15 tahun Masashi Kishimoto berkarya dan sekuel kepada penamat manga ini diterbitkan dalam bentuk filem yang terakhir, The Last: Naruto the Movie" Wikipedia:Tahukah anda/42/2
- "... bahawa telinga turut berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh?" Wikipedia:Tahukah anda/2/1 Wikipedia:Tahukah anda/56/1
- "... bahawa semasa musim panas, waktu siang lebih panjang dari waktu malam?" Wikipedia:Tahukah anda/86/1
- ... bahawa megagon mempunyai 1 juta sisi, jadi sukar untuk membezakannya daripada bulatan? Wikipedia:Tahukah anda/124/4
Hari ini dalam sejarah
- 869 – Gempa bumi dan tsunami melanda kawasan sekitar Sendai, Jepun, meninggalkan mendapan pasir sejauh 4 km dari pantai.
- 1789 – Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.
- 1900 – Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan Perkenan Diraja bagi akta penubuhan Komanwel Australia.
- 1955 – Manifesto Russell–Einstein diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar-besaran terhadap kemandirian manusia.
- 2002 – Kesatuan Afrika diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika dan Pertubuhan Perpaduan Afrika.
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
---|---|---|---|---|---|---|
19.9 | 380,611 | 1,093,566 | 6,232,580 | 338,554 (641 aktif) | 12 | 18,417 |
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
- Perbaiki kandungan