George Town, Pulau Pinang
ibu kota negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara / From Wikipedia, the free encyclopedia
George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandar raya metropolitan terletak di timur laut negeri Pulau Pinang, Malaysia selain ibu negeri tersebut, bandar raya ini yang tertua di Malaysia selepas Melaka. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara seperti Bandaraya Melaka.
George Town
Tanjung Penaga | |
---|---|
Bandaraya Pulau Pinang | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | جورج تاءون |
Nama panggilan: Mutiara Timur[1] | |
Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Kawasan pentadbiran | Senarai
|
Ditubuhkan pada | 11 Ogos 1786 |
Diperbadankan pada | 1857 |
Tanah jajahan mahkota British | 1 April 1867 - 31 Ogos 1957 |
Pendudukan Jepun | 19 Disember 1941 - 3 September 1945 |
Status bandar diberikan pada | 1 Januari 1957[2] |
Pentadbiran | |
• Kerajaan Tempatan | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
• Datuk Bandar Pulau, Pulau Pinang | Dato' Ir. Rajendran A/L P Anthony |
Keluasan | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 122.79 km2 (47.41 batu persegi) |
• Metro | 2,563.15 km2 (989.64 batu persegi) |
Aras | 14 m (46 ft) |
Penduduk (2010)[4] | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 708,127 (ke−2) |
• Metro | 2,412,616 (2nd) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak dipatuhi |
Poskod | 100xx hingga 108xx
111xx hingga 118xx |
Kod kawasan | +604 |
Pendaftaran kenderaan | P |
Laman sesawang | mbpp |
Jenis | Kebudayaan |
Kriteria | ii, iii, iv |
Ditetapkan | 2008 (sesi ke-32) |
No. rujukan | 1223 |
Rantau | Asia Pasifik |
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang[perlu rujukan], menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.
George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.
George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.
Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.