Parti Buruh (United Kingdom)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Buruh adalah sebuah parti politik di United Kingdom yang berhaluan tengah kiri. Parti ini dianggap sebagai sejenis parti yang mempunyai liputan pemahaman politik menyeluruh dari pemikiran demokrasi sosial, sosialis serta golongan kesatuan sekerja.[6] Platform parti ini menekankan campur tangan kerajaan yang lebih besar, keadilan sosial serta pengukuhan hak-hak pekerja. Parti ini adalah anggota Parti Sosialis Eropah dan Perikatan Progresif (Progressive Alliance) bahkan ia turut memegang status pemerhati dalam pertubuhan Sosialis Antarabangsa.
Labour Party | |
---|---|
Pemimpin | Keir Starmer |
Naib Ketua | Angela Rayner |
Setiausaha Am | David Evans |
Ditubuhkan | 27 Februari 1900; 124 tahun yang lalu (1900-02-27)[1][2] |
Ibu pejabat | Labour Central Kings Manor Newcastle upon Tyne NE1 6PA |
Sayap pelajar | Labour Students |
Sayap belia | Young Labour (dahulunya Labour Party Young Socialists) |
Keanggotaan (Jun 2017) | ▲ 552,000 [3] |
Ideologi | Demokrasi sosial[4] |
Kedudukan politik | Tengah kiri |
Penggabungan Eropah | Party of European Socialists |
Penggabungan antarabangsa |
|
Kumpulan Parlimen Eropah | Progressive Alliance of Socialists and Democrats |
House of Commons | 198 / 650 |
House of Lords | Templat:HOL Labour / Templat:HOLtotal <div style="background-color: #DC241f; width: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 100%;"> |
Parlimen Eropah | 20 / 73 |
Parlimen Scotland | 23 / 129 |
Dewan Undangan Wales | 29 / 60 |
Dewan Undangan London | 12 / 25 |
Kerajaan tempatan[5] | 6,470 / 20,690 |
Laman sesawang | |
www | |
Politik United Kingdom Parti politik Pilihan raya |
Penubuhan parti ini pada tahun 1900, berpunca sebagai kesan pergerakan kesatuan-kesatuan pekerja serta parti-parti sosialis yang muncul pada abad ke-19. Ia mendahului Parti Liberal sebagai parti pembangkang utama terhadap Parti Konservatif pada awal tahun 1920-an, membentuk kerajaan minoriti di bawah Ramsay MacDonald pada tahun 1924 serta penggal tahun 1929 hingga tahun 1931. Parti Buruh kemudiannya berkhidmat dalam kerajaan gabungan ketika berlakunya Perang Dunia Kedua dari penggal tahun 1940 untuk 1945. Parti ini membentuk kerajaan majoriti yang diketuai Clement Atlee selepas tamatnya perang tersebut sehingga tahun 1951. Parti ini juga memerintah dalam kerajaan Britain dari tahun 1964 hingga tahun 1970 di bawah Harold Wilson, serta dari tahun 1974 hingga tahun 1979 yang mulanya di bawah Wilson dan kemudiannya di bawah James Callaghan.
Parti ini menjadi parti memerintah paling lewatnya dari 1997 hingga 2010 di bawah Tony Blair dan Gordon Brown. Parti ini telah diketuai oleh Ed Miliband dari tahun 2010 dan kemudiannya Jeremy Corbyn dari tahun 2015 setelah meninggalkan gabungan kerajaan yang memerintah.
Parti Buruh kini merupakan parti Pembangkang Rasmi dalam Parlimen United Kingdom setelah ia memenangi bilangan kerusi kedua terbanyak dalam Pilihan Raya Umum Britain 2017. Parti Buruh merupakan parti terbesar dalam Dewan Undangan Wales (yang juga membentuk parti utama dalam kerajaan negara tersebut) serta merupakan parti ketiga terbesar di Parlimen Scotland. Parti ini juga mempunyai perwakilan kedua terbesar dari United Kingdom dalam persidangan Parlimen Eropah di mana ahli-ahli parti ini duduk di Kumpulan Sosialis dan Demokrat . Meskipun parti ini juga bersidang di Ireland Utara, ia tidak mempertandingkan pilihan raya di sana tetapi sebaliknya menyokong Parti Buruh dan Demokratik Sosial (Social Democratic and Labour Party) di kawasan tersebut.