![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fc/Spekulatius_four_pieces_of.jpg/640px-Spekulatius_four_pieces_of.jpg&w=640&q=50)
Speculaas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Speculaas (Perancis: spéculooscode: fr is deprecated , Jerman: Spekulatiuscode: de is deprecated ) atau spekulaas ialah sejenis biskut nipis yang lazim di Belanda, Belgium,[1] Luxembourg, Jerman dan Austria. Biskut ini mempunyai tekstur yang senang berderai dengan rasa karamel menggunakan pelbagai rempah ratus seperti kayu manis, buah pala, cengkih, halia, pelaga, dan lada hitam. Ia boleh dimakan begitu sahaja mahupun dihancurkan bersama mentega menjadi suatu lepa yang boleh disapu pada roti yang disebut sebagai biscoff.[2]
Speculaas | |
---|---|
![]() Biskut speculaas ditera pelbagai corak | |
Jenis | Biskut |
Tempat asal | Belgium/Belanda/Rhineland |
Bahan utama | Tepung, gula, mentega, kayu manis, halia, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam, buah pala |
Bahan yang biasa digunakan | Gula perang, tepung, pudding spice ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Biskut ini dapat ditentukan asal-usulnya daripada perdagangan rempah dilakukan para pedagang Belanda dengan kepulauan Nusantara pada abad ke-17, pemasakan kuih ini lalu melazim pada keraian memperingati Santo Nicholas atau Krismas pada awal bulan Disember.[1] Kuih ini tersebar ke Indonesia hasil pengaruh Belanda di mana ia disajikan pada majlis-majlis umum lain.[3][4]