Empayar Sasan (Parsi: ساسانیان [sɒsɒnijɒn]) ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada Wangsa Iran yang ke empat dan Empayar Parsi kedua (226 - 651). Empayar ini diasaskan oleh Ardashir I selepas beliau mengalahkan raja Parthia terakhir, Artabanus IV. Sempadan empayar ini meliputi kawasan Iran, Iraq, Armenia, Afghanistan, Turki Timur, sebahagian dari Syria, Pakistan, Caucasia, Asia Tengah, dan tanah Arab. Ketika zaman Khosrau II pula, empayar dikembangkan lagi sehingga ke Mesir, Jordan, Palestin dan Lebanon. Rakyat Sasan pula menamakan empayar mereka Erānshahr ايرانشهر (Iranshæhr) yang bermaksud "Penguasaan Bangsa Iran (Arya)"[8]
Empayar Sasan Ērānshahr[1] | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
224–651 | |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Ibu negara | |||||||||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Parsi Tengah[4] Bahasa Aramaik Tengah[5] | ||||||||||||||||||||||
Agama | Zoroastrianisme, Babylon, Manichaeisme, Hindu, Buddha, Kristian, Mandaeisme, Yahudi | ||||||||||||||||||||||
Kerajaan | Monarki mutlak | ||||||||||||||||||||||
Shahanshah | |||||||||||||||||||||||
• 224–241 | Ardashir I | ||||||||||||||||||||||
• 632–651 | Yazdegerd III | ||||||||||||||||||||||
Era Sejarah | Antikuiti lewat | ||||||||||||||||||||||
• Pertempuran Hormizdegan | 28 April 224 | ||||||||||||||||||||||
602–628 | |||||||||||||||||||||||
• Perang saudara[6] | 628-632 | ||||||||||||||||||||||
• Penaklukan Muslim | 633–644 | ||||||||||||||||||||||
• Empayar runtuh | 651 | ||||||||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||||||||
621 | 6,600,000 km2 (2,500,000 bt2) | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari |
|
Era Sasan merupakan satu titik penting dalam sejarah Iran. Di zaman inilah tamadun dan kebudayaan Parsi mencapai kemuncaknya dan merupakan empayar Parsi terakhir sebelum pemelukan Islam oleh orang-orang Parsi. Tamadun Rom juga turut dipengaruhi tamadun Sasan[9] dan empayar Rom menjalinkan hubungan yang erat dengan Sasan dan ini terbukti dalam surat maharaja Rom kepada raja Parsi. Dalam surat itu, raja Parsi digelar saudaraku oleh maharaja Rom. Pengaruh Tamadun Sasan juga mencecah hingga ke Eropah Barat[10], Afrika[11], China dan India[12] dan juga turut memainkan peranan yang penting dalam kesenian Zaman Pertengahan di Asia dan Eropah
Pengaruh tamadun Sasan juga turut dibawa sehingga ke zaman awal Dunia Islam. Keunikan dan budaya aristokratik Sasan diperkenalkan ke seluruh dunia Islam dan mencorak kebudayaan dan kesenian Islam.
Nota
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.