Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Manichaeisme (bahasa Parsi moden [آیین مانی] Error: {{Lang}}: aksara: arab tidak disokong untuk kod: fa (bantuan) Āyin e Māni) ialah salah satu agama kuno yang utama yang berasal dari Iran. Walaupun bentuk terancangnya hampir pupus pada hari ini, sebuah pemulihan telah dicuba atas nama Neo-Manichaeisme. Bagaimanapun, kebanyakan karya Mani (k.k. 210–276; bahasa Syriak: ܡܐܢܝ ), nabi pengasas, telah hilang. Sesetengah cendekiawan mendebatkan bahawa pengaruhnya masih diteruskan secara tersirat dalam pemikiran agama Kristian barat melalui Santa Augustine dari Hippo, pengikut Manichaeisme yang memeluk agama Kristian. Beliau mengutuk Manichaeisme dengan penuh ghairah dalam karya-karyanya yang masih amat mempengaruhi para ahli teologi Katolik dan Protestan.
Manichaeisme berasal pada abad ke-3 di Babylon (sebuah provinsi Parsi ketika itu), dan tiba dari Afrika Utara di barat ke China di timur dalam tempoh sepuluh abad yang berikut. Teks asli Manichaeisme ditulis dalam bahasa Syriak-Aramai. Apabila agama ini tersebar ke timur, karya-karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi Pertengahan, bahasa Parthia, bahasa Sogdiana, dan akhirnya ke dalam bahasa Uyghur Turki dan bahasa Cina. Ketika ia tersebar ke barat, karya-karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Greek, bahasa Qibti, dan bahasa Latin. Semasa Manichaeisme melalui masa, tempat, dan bahasa, ia juga menyerap dan menyesuaikan dewa-dewa agama lain ke dalam kitabnya. Oleh itu, apabila teks bahasa Aramai yang asli tersebar ke arah timur dan diterjemahkan ke dalam bahasa Iran, nama-nama dewa Manichaeisme (atau malaikat) seringnya diubah menjadi nama-nama yazata Zoroastrianisme. Umpamanya, Abbā dəRabbūṯā ("Bapa Keagungan" - dewa Cahaya Manichaeisme yang tertinggi) dalam teks-teks bahasa Parsi Pertengahan boleh diterjemahkan secara harfiah sebagai pīd ī wuzurgīh atau digantikan dengan nama dewa Zurwān. Serupa juga, Nāšā Qaḏmāyā , "Lelaki Asal" yang merupakan tokoh utama dalam agama Manichaeisme, diterjemahkan sebagai "Ohrmazd Bay " sempena nama dewa Zoroastrianisme, Ahura Mazda. Perkembangan ini berterusan sehingga agama Manichaeisme akhirnya diserap ke dalam Agama Buddha Cina, dengan misalnya, perkataan Aramai, "karia" ("seruan" dari dunia Cahaya kepada mereka di dunia Kegelapan yang sedang mencari penyelamatan), dianggap sama sahaja dalam kitab-kitab Cina dengan Guan Yin (觀音 , secara harfiah bermaksud "mendengar bunyi-bunyi [dunia]", dan merupakan Bodhisatva Belas Kasihan dalam Agama Buddha Cina).
Oleh sebab Manichaeisme ialah sebuah agama yang mengajar dualisme, perkataan "manichaea " dalam bahasa Inggeris moden kini membawa pengertian "dualisme, mengemukakan atau melihat perkara-perkara secara hitam putih".
Sumber Manichaeisme dalam Terjemahan bahasa Inggeris:
Sumber Manichaeisme dalam bahasa-bahasa asal:
Sumber Sekunder Manichaeisme dalam bahasa-bahasa asal:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.