Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Inggeris: United Nations Parliamentary Assembly atau United Nations People's Assembly, UNPA; Perancis: Assemblée parlementaire des Nations Unies, Cina: 联合国议会大会, Pinyin: Liánhéguó Yìhuì Dàhuì, Rusia: Парламентская Ассамблея Организации Объединенных Наций, Sepanyol: Asamblea Parlamentaria de las Naciones Unidas, Arab: الجمعية البرلمانية للأمم المتحدة, Transliterasi: Al-Ǧamʿīyah al-Barlamānīyah lil-ʾUmam al-Muttaḥidah), adalah cadangan penambahan kepada sistem PBB yang membenarkan penglibatan penggubal-penggubal dan pengelola-pengelola undang-undang negara-negara ahli dan bermatlamat membentuk pilihan raya terus ke parlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seluruh dunia oleh rakyat dunia. Cadangan ini pernah diutarakan pada pengasasan Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1920-an dan sekali lagi pada penghujung Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 tetapi tidak dibangkitkan lagi semasa Perang Dingin. Pada tahun 1990-an dan 2000-an dengan kebangkitan perdagangan antara negara rakyat dunia terpanggil untuk mengutarakan cadangan ini semula untuk memantau aktiviti-aktiviti pedagang.[1] Kempen Antarabangsa untuk Pembentukan Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, CEUNPA diwujudkan pada tahun 2007 untuk mengkoordinasikan tindakan-tindakan pro-UNPA yang mana setakat bulan Februari 2009 telah mendapat sokongan seramai 600 Ahli Parlimen daripada lebih 90 negara-negara di serata dunia.[2]
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | UNPA |
Jenis/bentuk sah | Cadangan Organ PBB |
Status undang-undang | Cadangan |
Lokasi | |
Logo cadangan Kempen Antarabangsa untuk Pembentukan Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu CEUNPA | |
sunting · sunting di Wikidata |
Penyokong-penyokong idea ini telah mengutarakan pelbagai cara implementasi, termasuk penguatkuasaan perjanjian baru, pembentukan UNPA sebagai bawahan Perhimpunan Agung PBB; evolusi UNPA daripada Kesatuan Antara Parlimen atau dari pertubuhan bukan kerajaan yang lain. Beberapa cadangan untuk perletakkan undian telah dicadangan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan dalam populasi dan kuasa ekonomi negara-negara. Pembangkang menyatakan sebab-sebab biayaan, pengundi yang tidak mengundi, dan negara-negara PBB yang tidak mengamalkan demokrasi sebagai sebab untuk tidak terus dengan projek ini.