agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan kesihatan awam antarabangsa From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Inggeris: World Health Organization, WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.
World Health Organization (en) Organisation mondiale de la Santé (fr) Organización Mundial de la Salud (es) Всемирная организация здравоохранения (ru) منظمة الصحة العالمية (ar) 世界卫生组织 (zh-hans) Светска здравствена организација (sr-cyrl) Weltgesundheitsorganisation (de) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | WHO |
Jenis/bentuk sah | Agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penerbit capaian terbuka, pertubuhan antarabangsa, penerbit akademik |
Industri | Kesihatan awam |
Anggota bagi | Persatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Cina |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Pendahulu | Pejabat Kebersihan Awam Antarabangsa |
Ditubuhkan | 7 April 1948 |
Pengurusan | |
Pengarah/pengurus | Tedros Adhanom |
Pertubuhan induk | Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Subsidiari | Senarai
|
Perangkaan | |
Kakitangan/pekerja | 7,000 (2014) |
Anugerah | |
Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa (2009), Pegawai Darjah Kondor Andes | |
Lokasi | |
Keanggotaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia | |
Ibu pejabat | Geneva |
Lokasi |
|
Koordinat | 46°14′0.726″N 6°8′3.117″E |
sunting · sunting di Wikidata |
WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Habsyah dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.[1]
Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.
Nr | Ketua Pengarah | Negara | Tempoh[2] |
---|---|---|---|
9 | En. Tedros Adhanom | Habsyah | 2017–kini |
8 | Pn. Margaret Chan | Hong Kong | 2007–2017 |
7 | En. Anders Nordström | Sweden | 2006–2007, sementara |
6 | En. Lee Jong-wook | Korea Selatan | 2003–2006 († 22/5/2006) |
5 | Pn. Gro Harlem Brundtland | Norway | 1998–2003 |
4 | En. Hiroshi Nakajima | Jepun | 1988–1998 |
3 | En. Halfdan T. Mahler | Denmark | 1973–1988 |
2 | En. Marcolino Gomes Candau | Brazil | 1953–1973 |
1 | En. Brock Chisholm | Kanada | 1948–1953 |
Pertubuhan ini disertai oleh semua negara ahli PBB kecuali Liechtenstein dan dua negara bukan PBB, iaitu Niue dan Kepulauan Cook. Pertubuhan Pembebasan Palestin serta Takhta Suci (Kota Vatican) merupakan negara pemerhati. Terdapat juga ahli sekutu seperti Puerto Rico dan Tokelau.
Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.
WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.
WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April 2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.
WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.
Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.
WHO ditabung oleh dermaan daripada negara ahli dan peribadi. WHO juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, industri farmaseutik dan yayasan-yayasan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.