Patin siam
spesies ikan From Wikipedia, the free encyclopedia
spesies ikan From Wikipedia, the free encyclopedia
Patin siam atau patin hitam (Pangasianodon hypophthalmus)[4] ialah spesies patin (keluarga Pangasiidae) yang berasal dari sungai-sungai Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai iridescent shark catfish dalam bahasa Inggeris. Ia dijumpai di lembangan Mekong beserta Chao Phraya, dan diusahakan dengan banyaknya untuk makanan di sana.
Patin siam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Siluriformes |
Keluarga: | Pangasiidae |
Genus: | Pangasianodon |
Spesies: | P. hypophthalmus |
Nama binomial | |
Pangasianodon hypophthalmus (Sauvage, 1878) | |
Sinonim | |
Helicophagus hypophthalmus Sauvage, 1878 |
Dagingnya kerap dipasarkan bawah nama umum swai (daripada Thai สวาย). Ia turut diperkenalkan ke lembangan sungai lain sebagai sumber makanan, dan tampilan dan pendarrona menonjol membuatkannya terkenal di kalangan penghobi pemeliharaan ikan.[5] Diet maserba swai terdiri daripada krustasea, ikan lain, dan bahan tumbuhan.[6]
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan, dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20 kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.
Patin liar mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam dan sangkar. Patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai "patin kolam" atau "patin sangkar" dan spesies patin yang paling banyak diternak di Malaysia adalah daripada spesies Pangasianodon hypophthalmus. Pangasianodon hypophthalmus yang terlepas dari kolam atau sangkar ternakan dan mula hidup liar di sungai-sungai adalah spesies ceroboh kerana ia menjejaskan kepelbagaian biologi spesies ikan asal.[perlu rujukan]
Patin buah (Pangasius nasutus) yang terkenal dengan dagingnya yang berwarna keputihan dan manis agak sukar untuk diternak manakala patin buah liar kian berkurang disebabkan oleh penangkapan yang berlebihan. Untuk memuaskan permintaan pasaran di Malaysia, baka patin siam yang cepat membesar dan senang diternak dalam kolam atau sangkar telah dikacukan dengan baka patin buah. Hasilnya adalah baka patin yang dikenali sebagai patin emas.[perlu rujukan]
Patin siam dijual pada harga RM10 hingga RM14 sekilo di sekitar daerah Temerloh, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan patin sungai boleh mencecah RM180 sekilo bergantung kepada jenisnya.[7] Masyarakat setempat semakin menerima ikan patin sebagai salah satu pilihan ikan air tawar yang menyelerakan.
Penjagaan patin sangkar di Temerloh dengan penggunaan palet makanan membuatkan ikan patin sangkar tidak hanyir seperti patin yang dibela di dalam kolam.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.