From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Pasifik (パシフィック・リーグ , Pashifikku Rīgu), atau Pa League (パ・リーグ , Pa Rīgu), dan Persol Pacific League (パーソル パシフィック・リーグ ), atas sebab penaja, merupakan salah satu daripada dua liga besbol profesional yang membentuk Nippon Professional Baseball (NPB) di Jepun. Juara kejuaraan liga ini akan bertanding menentang juara bagi Liga Pusat dalam merebut kejohanan Japan Series yang dipertandingkan pada setiap tahun. Liga ini terdiri daripada enam buah pasukan dari seluruh Jepun.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (February 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Fail:Pacific League Logo.png | |
Sukan | Besbol |
---|---|
Ditubuhkan | 26 November 1949 sebagai Taiheiyo Baseball Union di Tokyo |
Bil. pasukan | 6 |
Negara | Jepun |
Juara lalu | Orix Buffaloes (gelaran ke-15) |
Juara terbanyak | Saitama Seibu Lions (23) |
Laman web rasmi | NPB.jp/pl |
Liga ini mula ditubuhkan sebagai Taiheiyo Baseball Union (太平洋野球連盟, Taiheiyo Yakyu Renmei) pada tahun 1949 (nama berubah kepada nama sekarang pada tahun 1980). Pemilik Daiei Stars, Masaichi Nagata merupakan presiden pertama bagi Liga Pasifik.[1]
Liga ini bermula dengan tujuh buah pasukan: empat pasukan lama yang pernah beraksi di Japanese Baseball League iaitu Hankyu Braves, Nankai Hawks, Daiei Stars dan Tokyu Flyers dan ia ditambah dengan tiga pasukan baru iaitu Kintetsu Pearls, Mainichi Orions dan Nishitetsu Clippers.
Pada tahun 1954, pasukan kelapan di Liga Pasifik telah ditubuhkan iaitu Takahashi Unions. Walaupun pauskan itu terdiri daripada ramai pemain dari pasukan Liga Pasifik lain, tetapi Unions tetap bergelut dari mula dan mengakhirinya di divisyen kedua pada setiap musim. Pada tahun 1957, Unions telah bergabung dengan Daiei Stars untuk membentuk pasukan Daiei Unions (dan mengurangkan bilangan pasukan Liga Pasifik kepada tujuh pasukan). Pada musim sulungnya, Unions berada di tempat terakhir. Pada tahun 1958, pasukan Unions bergabung dengan Mainichi Orions untuk membentuk Daimai Orions. Perkara ini membolehkan Liga Pasifik terdiri daripada enam pasukan sahaja.
Fujio Nakazawa, bekas pemain dan pengulas televisyen menjadi presiden Liga Pasifik pertama sepenuh masa pada tahun 1959 dan beliau berkhidmat sehingga tahun 1965.[2]
Dari tahun 1973 sehingga 1982, Liga Pasifik memperkenalkan konsep musim terpisah, iaitu juara separuh pertama musim akan beraksi menentang juara separuh kedua musim dalam mini-playoff bagi menentukan juara.
Bermula pada tahun 1975, Liga Pasifik mula menggunakan designated hitter (DH) sama seperti American League di Major League Baseball. Semasa interleague play (diguna pakai pada tahun 2005), DH telah digunakan dalam aksi tuan rumah bagi pasukan Liga Pasifik.
Selepas musim 2004, pasukan Orix BlueWave telah bergabung dengan Osaka Kintetsu Buffaloes untuk membentuk Orix Buffaloes. Sebuah pasukan yang dimiliki oleh syarikat membeli-belah internet, Rakuten dan berpusat di Sendai telah membentuk pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles untuk mengisi kekosongan tempat hasil penggabungan pasukan itu tadi.
Pada musim 2004 juga, satu sistem playoff tiga pasukan telah diperkenalkan di Liga Pasifik (Siri Kejuaraan Liga Pasifik). Pasukan yang memiliki rekod kedua dan ketiga terbaik liga akan beraksi tiga perlawanan dalam pusingan pertama, dan juara bagi pusingan itu akan layak ke final enam terbaik menentang pasukan teratas (juara pennant Liga Pasifik akan dijamin dengan kelebihan satu perlawanan di Pusingan Akhir). Juara pusingan akhir akan menjadi wakil Liga Pasifik untuk mara ke Japan Series.
Semenjak pasukan dari Liga Pasifik telah menjuarai Japan Series selepas sistem tersebut diperkenalkan, sistem yang sama telah diperkenalkan juga ke Liga Pusat pada tahun 2007 dan aksi postseason dalam liga telah dinamakan sebagai "Climax Series" bagi kedua-dua liga. Statistik pemain dan giliran draf berdasarkan rekod pasukan tidak akan terkesan dengan perlawanan postseason tersebut.
Lencana | Pasukan | Nama Jepun | Ditubuhkan[3] | Lokasi | Stadium | Pemilik |
---|---|---|---|---|---|---|
Chiba Lotte Marines | 千葉ロッテマリーンズ Chiba Rotte Marīnzu |
26 November 1949 | Mihama-ku, Chiba, Chiba | ZOZO Marine Stadium | Lotte | |
Fukuoka SoftBank Hawks | 福岡ソフトバンクホークス Fukuoka Sofutobanku Hōkusu |
22 Februari 1938 | Chūō-ku, Fukuoka, Fukuoka | Fukuoka PayPay Dome | SoftBank | |
Hokkaido Nippon-Ham Fighters | 北海道日本ハムファイターズ Hokkaidō Nippon-Hamu Faitāzu |
6 November 1945 | Kitahiroshima, Hokkaidō | Es Con Field Hokkaido | Nippon Ham | |
Orix Buffaloes | オリックス・バファローズ Orikkusu Bafarōzu |
23 Januari 1936 | Nishi-ku, Osaka, Osaka | Kyocera Dome Osaka | ORIX | |
Saitama Seibu Lions | 埼玉西武ライオンズ Saitama Seibu Raionzu |
26 November 1949 | Tokorozawa, Saitama | Belluna Dome | Seibu Group | |
Tōhoku Rakuten Golden Eagles | 東北楽天ゴールデンイーグルス Tōhoku Rakuten Gōruden Īgurusu |
2 November 2004 | Miyagino-ku, Sendai, Miyagi | Rakuten Mobile Park Miyagi | Rakuten |
Pasukan | Pertama | Kedua | Ketiga |
---|---|---|---|
Saitama Seibu Lions | 23 | 12 | 15 |
Fukuoka SoftBank Hawks | 19 | 17 | 7 |
Orix Buffaloes | 15 | 15 | 8 |
Hokkaido Nippon-Ham Fighters | 7 | 8 | 15 |
Chiba Lotte Marines | 5 | 9 | 14 |
Osaka Kintetsu Buffaloes | 4 | 9 | 8 |
Tohoku Rakuten Golden Eagles | 1 | 1 | 3 |
Daiei Unions | 0 | 0 | 2 |
Takahashi Unions | 0 | 0 | 0 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.