From Wikipedia, the free encyclopedia
Es Con Field Hokkaido (エスコンフィールド北海道 , Esukon Fīrudo Hokkaidō) merupakan stadium besbol yang terletak di Kitahiroshima, Hokkaido, Japan. Stadium ini dimiliki dan dioperasi oleh Nippon Ham, yang dijadikan sebagai gelanggang tuan rumah bagi pasukan Hokkaido Nippon-Ham Fighters di Nippon Professional Baseball (NPB) sejak pembukaannya pada tahun 2023. Hasil reka bentuk oleh Obayashi Corporation dan HKS Architects,[1] stadium ini mempunyai kapasiti yang mampu memuatkan seramai 35,000 orang. Stadium ini menjadi stadium kedua di Jepun yang mempunyai fasiliti bumbung boleh laras dan permukaan padang tak simetri merupakan padang rumput asli ketiga di NPB. Kawasan di sekeliling stadium telah dibangunkan sebagai Hokkaido Ballpark F Village, iaitu tempat hiburan yang mempunyai fasiliti komersial dan restoran.
エスコンフィールド北海道 | |
Alamat | Hokkaido Ballpark F Village, Kyoei |
---|---|
Lokasi | Kitahiroshima, Hokkaido, Jepun |
Koordinat | 42°59′23″N 141°32′58″E |
Transit awam | JR Hokkaido: Chitose Line di Kita-Hiroshima |
Pemilik | Fighters Sports & Entertainment |
Pentadbir | Fighters Sports & Entertainment |
Kapasiti | 35,000 |
Saiz Padang | Kiri Padang – 97 m (318 ka) Pusat Padang – 121 m (397 ka) Kanan Padang – 99 m (325 ka) |
Permukaan | Kentucky bluegrass |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 13 April 2020 |
Dibuka | 14 Mac 2023 |
Arkitek | Obayashi Corporation, HKS Architects[1] |
Jurubina | Obayashi Corporation, Iwata Chizaki Inc.[1] |
Tuan rumah | |
Hokkaido Nippon-Ham Fighters (NPB) (2023–kini) |
Perlawanan pertama di stadium ini berlangsung pada 30 Mac 2023 di antara pasukan Nippon-Ham Fighters dan Tohoku Rakuten Golden Eagles. Bekas pengurus Nippon Ham Fighters, Hideki Kuriyama, Masataka Nashida dan Trey Hillman telah melakukan first pitch untuk meraikan pembukaan stadium.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.