From Wikipedia, the free encyclopedia
Sendai (仙台市 , Sendai-shi) merupakan ibu kota bagi Wilayah Miyagi, Jepun dan bandar yang terbesar di Kawasan Tōhoku. Pada tahun 2005, bandar ini mempunyai satu juta penduduk dan merupakan salah satu daripada 20 bandar terancang Jepun.
Sendai
仙台市 | |
---|---|
Koordinat: 38°16′N 140°52′E | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Wilayah Miyagi |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Kazuko Koori |
Penduduk (Ogos 2017) | |
• Jumlah | 1,059,466 |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
Nombor telefon | 022-261-1111 |
Alamat | 3-7-1 Kokubun-cho, Aoba-ku, Sendai-shi 980-8671 |
Laman sesawang | www |
Kota ini diasaskan pada tahun 1600 oleh daimyo Date Masamune, dan terkenal dengan nama samarannya, Bandar Hutan (杜の都 , Mori no Miyako); terdapat lebih kurang 60 pokok zelkova di Lorong Jōzenji (定禅寺通 , Jōzenji dōri) dan Lorong Aoba (青葉通 , Aoba dōri).
Pada 11 Mac 2011, kawasan di pesisiran pantai bandar terbabit mengalami kerosakan bencana dari gempa bumi pesisir luar bermagnitud 9.0[1][2][3] yang mencetuskan tsunami pembinasa.[4]
Sendai terdiri daripada lima buah wad, yaitu:
Wad | Bahasa Jepun |
---|---|
Aoba-ku (pusat pentadbiran) | 青葉区 |
Izumi-ku | 泉区 |
Miyagino-ku | 宮城野区 |
Taihaku-ku | 太白区 |
Wakabayashi-ku | 若林区 |
Pada musim panas, Festival Tanabata Sendai, festival Tanabata terbesar di Jepun, diadakan. Pada musim sejuk pokok dihiasi dengan beribu-ribu lampu untuk pertandingan cahaya (光のページェント), berpanjangan selama seluruh bulan Disember.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.