From Wikipedia, the free encyclopedia
Fukuoka Dome (福岡ドーム , Fukuoka Dōmu), atau dikenali sebagai Fukuoka PayPay Dome (福岡ペイペイドーム , Fukuoka Peipeidōmu), merupakan stadium besbol yang terletak di Chūō-ku, Fukuoka, Jepun. Stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Fukuoka SoftBank Hawks dan ia mampu memuatkan 40,000 orang. Stadium ini telah dibina pada tahun 1993. Dengan diameter berkeluasan 216 meter, Fukuoka Dome merupakan stadium berkubah geodesik terbesar di dunia.[2] Stadium ini menjadi stadium pertama dibina di Jepun dengan bumbung boleh laras dan menjadi satu-satunya stadium di Jepun yang mempunyai ciri-ciri itu sehingga pembukaan Es Con Field Hokkaido pada 2023. Pada tahun 2005, Yahoo! JAPAN yang merupakan salah satu anak syarikat kepada SoftBank, telah memperoleh hak nama stadium dan menamakannya menjadi Fukuoka Yahoo! Japan Dome (福岡Yahoo! JAPANドーム , Fukuoka Yafū Japan Dōmu) atau dipendekkan sebagai Yahoo Dome (ヤフードーム , Yafū Dōmu),[3] Pada Januari 2013, nama stadium ditukar menjadi Fukuoka Yafuoku! Dome (福岡ヤフオク! ドーム , Fukuoka Yafuoku Dōmu).[4] Yafuoku merupakan pemendekan daripada Yahoo! Auctions di Jepun. Pada 30 Oktober 2019, ia diumumkan bahawa stadium ini akan dinamakan sebagai Fukuoka PayPay Dome, untuk memaparkan nama sistem pembayaran PayPay yang dimiliki oleh Softbank (50%) dan Yahoo Japan (25%) dari 29 Februari 2020.[5][6] Stadium ini merupakan antara beberapa stadium di NPB yang terdapatnya hotel.
Fukuoka Dome PayPay Dome | |
Nama penuh | Fukuoka Dome |
---|---|
Nama silam | Fukuoka Dome (1993–2005) Fukuoka Yahoo! JAPAN Dome (2005–13) Fukuoka Yafuoku! Dome (2013–2020) |
Lokasi | 2-2-2 Jigyōhama, Chūō-ku, Fukuoka, Japan |
Koordinat | 33°35′43″N 130°21′44″E |
Transit awam | Fukuoka City Subway: Kuko Line di Tojinmachi |
Pemilik | Fukuoka SoftBank Hawks Marketing Corp. |
Pentadbir | Hawks Town Co. |
Kapasiti | 40,062 (besbol)[1] 47,500 (konsert) |
Saiz Padang | Kiri Padang – 100 meter (328 ka) Kiri-Pusat – 118 meter (387 ka) Pusat Padang – 122 meter (400 ka) Kanan-Pusat – 118 meter (387 ka) Kanan Padang – 100 meter (328 ka) Tinggi Tembok Outfield: 5.84m (19.2ft) |
Permukaan | FieldTurf 2009–kini AstroTurf 1993 sehingga 2008 |
Pembinaan | |
Pecah tanah | April 1, 1991 |
Dibuka | April 2, 1993 |
Kos pembinaan | ¥76 bilion |
Arkitek | Takenaka Corporation dan Maeda Corporation |
Kontraktor am | Takenaka Corporation dan Maeda Corporation |
Tuan rumah | |
Fukuoka SoftBank Hawks (1993–kini) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.