Map Graph

Fukuoka Dome

Fukuoka Dome , atau dikenali sebagai Fukuoka PayPay Dome , merupakan stadium besbol yang terletak di Chūō-ku, Fukuoka, Jepun. Stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Fukuoka SoftBank Hawks dan ia mampu memuatkan 40,000 orang. Stadium ini telah dibina pada tahun 1993. Dengan diameter berkeluasan 216 meter, Fukuoka Dome merupakan stadium berkubah geodesik terbesar di dunia. Stadium ini menjadi stadium pertama dibina di Jepun dengan bumbung boleh laras dan menjadi satu-satunya stadium di Jepun yang mempunyai ciri-ciri itu sehingga pembukaan Es Con Field Hokkaido pada 2023. Pada tahun 2005, Yahoo! JAPAN yang merupakan salah satu anak syarikat kepada SoftBank, telah memperoleh hak nama stadium dan menamakannya menjadi Fukuoka Yahoo! Japan Dome atau dipendekkan sebagai Yahoo Dome , Pada Januari 2013, nama stadium ditukar menjadi Fukuoka Yafuoku! Dome . Yafuoku merupakan pemendekan daripada Yahoo! Auctions di Jepun. Pada 30 Oktober 2019, ia diumumkan bahawa stadium ini akan dinamakan sebagai Fukuoka PayPay Dome, untuk memaparkan nama sistem pembayaran PayPay yang dimiliki oleh Softbank (50%) dan Yahoo Japan (25%) dari 29 Februari 2020. Stadium ini merupakan antara beberapa stadium di NPB yang terdapatnya hotel.

Read article
Fail:Fukuoka_Dome_20160426.JPGFail:Fukuoka_Dome_Dimensions.svg