From Wikipedia, the free encyclopedia
Saitama Seibu Lions (埼玉西武ライオンズ , Saitama Seibu Raionzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang beraksi di Liga Pasifik Jepun dan berpusat di Tokorozawa, Wilayah Saitama. Sebelum tahun 1979, pasukan ini berpangkalan di Fukuoka, Kyushu. Pasukan ini dimiliki oleh anak syarikat Seibu Railway, yang berada di bawah Seibu Holdings. Pasukan ini mengalami masalah kewangan pada tempoh terkini tetapi keadaan ini dilihat pudar apabila pasukan ini memperoleh rekod ¥6 bilion (kira-kira $51.11 juta) bayaran posting daripada Boston Red Sox untuk mendapatkan kontrak pemain Daisuke Matsuzaka. Antara tahun 1978 dan 2008, maskot dan logo pasukan adalah berdasarkan versi dewasa Kimba the White Lion, sebuah siri manga dan anime Jepun yang dihasilkan oleh Osamu Tezuka.[lower-alpha 1][lower-alpha 2] Pada tahun 2004, bekas pemain Seibu iaitu Kazuo Matsui menjadi infielder Jepun pertama yang beraksi di Major League Baseball.[1]
Saitama Seibu Lions | |||||
---|---|---|---|---|---|
埼玉西武ライオンズ | |||||
| |||||
Maklumat | |||||
Liga | Nippon Professional Baseball
| ||||
Lokasi | Tokorozawa, Saitama, Jepun | ||||
Stadium | Belluna Dome | ||||
Tahun penubuhan | 26 November 1949 | ||||
Nama gelaran | Shishi (獅子, singa) | ||||
Pennant PL | 23 (1954, 1956, 1957, 1958, 1963, 1982, 1983, 1985, 1986, 1987, 1988, 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1997, 1998, 2002, 2004, 2008, 2018, 2019) | ||||
Kejuaraan Japan Series | 13 (1956, 1957, 1958, 1982, 1983, 1986, 1987, 1988, 1990, 1991, 1992, 2004, 2008) | ||||
Nama lama |
| ||||
Stadium lama |
| ||||
Warna | Biru kelasi, biru muda, merah | ||||
Maskot | Leo dan Lina | ||||
Kemunculan playoff | 13 (1982, 2004, 2005, 2006, 2008, 2010, 2011, 2012, 2013, 2017, 2018, 2019, 2022) | ||||
Nombor tidak digunakan |
| ||||
Pemilikan | Takashi Goto | ||||
Pengurusan | Seibu Railway | ||||
Pengurus | Kazuo Matsui | ||||
Seragam | |||||
Pihak pasukan mengumumkan bahawa No.24 Kazuhisa Inao merupakan nombor pertama tidak digunakan oleh pasukan Lions pada 1 Mei 2012.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.