Remove ads

Kyūshū (九州, Sembilan Wilayah) ialah pulau ketiga terbesar di Jepun, dan terletak paling barat daya di kalangan empat pulau utama negara tersebut. Kyūshū juga pernah dikenali dengan nama Kyūkoku (九国, Sembilan Negeri), Chinzei (鎮西, Barat Tanah Damai), dan Tsukushi-no-shima (筑紫島, Pulau Tsukushi). Pulau Kyūshū dan pulau-pulau sekelilingnya tergolong dalam rantau bersejarah Saikaidō (西海道, Litar Laut Barat).

Fakta Segera Geography, Location ...
Kyūshū
Thumb
Geography
LocationAsia Timur
ArchipelagoKepulauan Jepun
Area rank37th
Administration
Demographics
Population13,231,995
Pop. density332.38 /km2 (860.86 /sq mi)
Tutup

Pulau Kyūshū diduduki oleh 13,231,995 orang (2006) dan berkeluasan 35,640 kilometer persegi (13,760 bt2).

Remove ads

Geografi

Pulau yang bergunung-ganang ini merupakan tempat terletaknya gunung berapi paling hidup di Jepun, iaitu Gunung Aso yang berukuran 1,591 meter (5,220 ka). Selain itu, banyak lagi juga tanda-tanda kegiatan tektonik yang lain seperti berbilang kawasan kolam air panas, khususnya di Beppu di pantai timur, dan juga di sekeliling Gunung Aso, di tengah-tengah Kyūshū.

Nama Kyūshū berasal dari sembilan wilayah kuno Saikaidō yang terletak di pulau ini, iaitu Chikuzen, Chikugo, Hizen, Higo, Buzen, Bungo, Hyūga, Osumi, dan Satsuma.

Kini, Kawasan Kyūshū (九州地方 kyūshū-chihō) merupakan sebuah bahagian pentadbiran yang terdiri daripada tujuh wilayah di pulau Kyūshū dan juga Wilayah Okinawa di selatan:

Kyūshū ialah pulau ke-37 terbesar di dunia, iaitu lebih kecil berbanding Spitsbergen tetapi lebih besar daripada New Britain dan Taiwan. Pulau ini juga yang ke-13 teramai penduduk di dunia, iaitu kurang berbanding Borneo atau Sulawesi, tetapi melebihi bilangan penduduk Salsette atau Cuba.

Remove ads

Ekonomi dan iklim

Thumb
Peta kawasan Kyūshū dengan wilayah-wilayahnya.

Sesetengah kawasan di Kyūshū beriklim subtropika, khususnya wilayah Miyazaki dan Kagoshima. Hasil pertanian utamanya ialah beras, teh, tembakau, keledek, dan kacang soya; tidak lupa juga hasil sutera. Pulau ini terkenal kerana pelbagai jenis hasil tembikar, termasuk Arita, Imari, Satsuma, dan Karatsu. Perindustrian berat seperti kimia, kereta, semikonduktor dan pemprosesan logam, tertumpu di bahagian utaranya, sekitar Fukuoka, Kitakyushu, Nagasaki, dan Oita.

Remove ads

Pendidikan

Universiti dan maktab utama di Kyūshū:

  • Universiti kebangsaan
    • Universiti Kyushu
    • Institut Teknologi Kyushu
    • Universiti Saga
    • Universiti Nagasaki
    • Universiti Kumamoto
    • Universiti Oita
    • Universiti Miyazaki
    • Universiti Kagoshima
    • Institut Kesihatan dan Sukan Kebangsaan di Kanoya
    • Universiti Ryukyu
  • Universiti kendalian kerajaan setempat
    • Universiti Kitakyushu
    • Kolej Pergigian Kyushu
    • Universiti Wanita Fukuoka
    • Universiti Wilayah Fukuoka
    • Universiti Siebold Nagasaki
    • Universiti Wilayah Nagasaki
    • Universiti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oita
    • Universiti Wilayah Kumamoto
    • Universiti Perbandaran Miyazaki
    • Universiti Kejururawatan Wilayah Miyazaki
    • Universiti Kesenian Wilayah Okinawa
  • Universiti swasta utama
    • Universiti Fukuoka
    • Universiti Kumamoto Gakuen
    • Universiti Asia Pasifik Ritsumeikan
    • Universiti Seinan Gakuin
    • Universiti Kyushu Sangyo
    • Universiti Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran
    • Universiti Kurume
Remove ads

Lihat juga

  • Geografi Japan
  • Senarai kawasan di Japan
  • Orang Azumi, an ancient group of people who inhabited parts of northern Kyūshū

Catatan dan rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.

Remove ads