minuman yang dihasilkan dengan menggunakan daun teh From Wikipedia, the free encyclopedia
Teh (Jawi: تيه) ialah minuman dihasilkan daripada seduhan panas atau sejuk daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis yang berasal dari China dan Asia Timur.[1] Minuman ini memberikan rasa harum manis atau pahit bergantung kepada jenis baka dan cara daun-daun tersebut diproseskan;[2] kandungan kafeina ia memberikan rangsangan dalam badan.[3] Air ini merupakan minuman berperisa paling luas diminum serata dunia[4] yang boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.
Minuman ini dahulunya diminum sebagai suatu air berubat dalam kalangan masyarakat di China Barat Daya, Tibet, utara Myanmar dan India Timur Laut.[5][6] Ia dimasyhurkan dalam kalangan masyarakat dinasti Tang yang merebak luas serata Asia Timur. Perkenalan ia kepada paderi-paderi Jesuit dan saudagar Portugis membawa tumbuhan ini ke dunia Barat di Eropah pada pertengahan abad ke-16. Ia menjadi minuman paling digemari di Eropah pada abad ke-18,[7] pengutamaan ia di mata Empayar British khususnya banyak mendorong dasar-dasar dan kejadian sejarah yang berkaitan dengan ia di seluruh dunia.
Perkataan "teh" meminjam dari sebutan Hokkien-Teochew aksara 茶 iaitu teh;[8] ia diturunkan dari sebutan asal dalam bahasa Min cabang Selatan iaitu te[9][10] atau tê.[11] Aksara 茶 (pinyin: chá) pula datang daripada pengolahan aksara 荼 (pinyin: tú) yang muncul pada zaman dinasti Tang.[12][13][14]
Istilah "teh" juga digunakan secara lanjutnya untuk sebarang minuman seduhan menggunakan tumbuhan herba selain Camellia sinensis, walau bagaimanapun air sebegini dibezakan dengan istilah "teh herba" untuk mengelakkan kekeliruan.
Bangsa Cina telah minum teh selama 5,000 tahun untuk kesihatan dan kenikmatan. Asal mula teh pada awalnya masih merupakan legenda. Salah satunya ialah cerita tentang Maharaja Shen Nung. Pada suatu hari, ketika Maharaja Shen Nung akan minum air mendidih, beberapa daun dari pohon yang menjuntai tertiup angin dan jatuh ke panci berisi air rebusan yang tak menyerupai air tersebut. Sang Maharaja ingin tahu dan memutuskan untuk mencicipi air rebusan yang tak menyerupai minuman tersebut. Maharaja pun merasakan air itu sedap dan menyihatkan tubuh. Sementara legenda dari India menghubungkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Setelah bertapa selama 7 tahun, beliau sangat letih. Dalam keadaan putus-asa beliau mengunyah beberapa daun yang tumbuh di sekitar tempatnya. Ternyata setelah dikunyah, dia merasa segar kembali.
Pada awal abad ke-9, di Jepun seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa benih tanaman teh dari Cina. Sejak itu teh dikenali di Jepun. Pada abad ke-17, para pedagang bangsa Belanda dan Portugis pertama kali memperkenalkan teh ke benua Eropah. Bangsa Rusia merupakan penggemar awal teh di Eropah. Teh yang mereka bawa melalui jalan darat dari Cina memakai kereta yang ditarik oleh unta.
Teh merupakan salah satu minuman yang sangat digemari dan diminum secara meluas di kawasan ASEAN. Air teh boleh dibuat dengan dicampur air panas dan gula sahaja, dikenali sebagai teh kosong, ataupun dicampur dengan susu segar atau susu pekat manis, dipanggil teh susu. Air teh susu boleh juga dicurah beberapa kali antara dua kole bagi menghasilkan teh tarik, yang mempunyai buih. Di Malaysia terdapat satu rancangan televisyen yang popular yang menganjurkan pertandingan teh tarik. Jenis-jenis air teh ialah seperti berikut:-
Nama teh o beng berasal dari perkataan teh o (teh kosong) dan bing (冰) yang bermaksud ais.
Teh ditanam kebanyakannya di tanah besar China, India, Pakistan, Iran, Sri Lanka (dikenali dengan nama lama Ceylon), Taiwan (dikenali dengan nama lama Formosa), Jepun, Indonesia, Nepal, Australia, Argentina dan Kenya.
Empat jenis teh utama dikenali menurut cara pemprosesan daun teh. Daun daripada sejenis pokok renek malar hijau spesies Camellia sinensis dipetik, dan daun tersebut akan layu sekiranya tidak cepat dikeringkan dan menjalani proses pengoksidaan. Proses yang disebut ini menyamai pemaltan barli di mana kanji ditukarkan kepada gula dan daun teh menjadi semakin gelap akibat penguraian klorofil yang melepaskan tanin. Langkah kedua dalam proses ini ialah menghentikan proses pengoksidaan pada peringkat yang ditentukan dengan menyingkir air dari daun melalui pemanasan. Istilah penapaian digunakan (kemungkinannya diilhamkan daripada konsep pembuatan wain) untuk menggambarkan proses ini, meskipun tiada penapaian sebenar berlaku (yakni proses ini tidak disebabkan oleh mikroorganisma dan tiada etanol yang terhasil).
Teh secara tradisionalnya dikelaskan kepada empat kumpulan besar, berasaskan tahap "penapaian" yang dilalui oleh daun:[15]
Teh putih dihasilkan dalam jumlah sedikit berbanding jenis lain, dan dengan itu lebih mahal berbanding teh dari pokok yang sama yang diproses menurut kaedah lain. Ia juga kurang dikenali di Amerika Syarikat, walaupun ia sekarang berubah dengan pengenalan teh putih dalam bentuk uncang.
Terdapat beberapa persedian teh yang ada yang tidak menurut kaedah biasa:
Teh ini sedia untuk dibungkus.
Teh Indian dan Ceylon biasanya diberi nama menurut kawasan asal: Darjeeling, Assam, Ceylon, dll. dan lebih lanjut lagi menurut ladang dan gred untuk daun berkualiti: contoh, "Darjeeling Lingia FTGFOP1".
Bagi teh Ceylon dari Sri Lanka nama gred menentukan saiz/gambaran teh tetapi bukan kualiti. Ketiadaan piawaian dalam gred pasaran menyukarkan untuk menggambarkannya dengan tepat. Teh Ceylon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
Senarai gred daun teh Ceylon:
Sejumlah kecil gred Tippy atau Bunga Flowery (termasuk Flowery Orange Pekoe (F.O.P) dan Flowery Broken Orange Pekoe (F.B.O.P) dihasilkan. Ia biasanya lebih mahal untuk dihasilkan berbanding gred biasa , kerana ia membabitkan pemilihan pucuk dengan tangan.
Di Assam, gred teh utama yang dihasilkan ialah flowery pekoe (FP), orange pekoe (OP), pekoe (P), pekoe souchong (PS), dan souchong (S), dengan gred teh perca BOP = Broken Orange pekoe; FOP = Flowery Orange Pekoe; TGFOP = Tippy Golden Flowery Orange Pekoe; FTGFOP = Finest Tippy Golden Flowery Orange Pekoe.
Teh China dan Jepun mempunyai nama tradisi Jepun atau China sendiri: Genmaicha (玄米茶), Houjicha (焙じ茶), Pouchong (包種茶), dll. Sesetengah nama tradisi berkait dengan kawasan penghasilan teh atau ciri-ciri muka bumi yang jelas, tetapi nama lain lebih berkaitan dengan pemprosesan teh atau rupa teh yang diproses.
Hampir kesemua teh dalam uncang teh dan kebanyakan teh lain adalah campuran. Walaupun kini dengan kemajuan dalam teknik beku kering dan kaedah "infusion" lebih baik, serbuk teh dan pati teh pekat yang hanya memerlukan air sejuk atau panas untuk membuat teh dijual. Campuran mungkin berlaku di peringkat kawasan penanaman teh (contoh. Assam), atau teh dari pelbagai kawasan mungkin dicampurkan. Matlamat pencampuran ialah menstabilkan rasa sepanjang beberapa tahun dan untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Teh yang lebih mahal dan sedap menyembunyikan rasa teh diperolehi dengan kos murah yang cenderung mempunyai rasa kurang sedap.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.