Tembikar

pertukangan membuat barangan menggunakan tanah liat From Wikipedia, the free encyclopedia

Tembikar

Tembikar (Jawi: تمبيكر) adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk dengan pembakaran suhu yang rendah sekitar 1000 darjah celsius tanpa lapisan licau pada permukaan tembikar tersebut.

Thumb
Tembikar yang belum dibakar di Muzium Conner Prairie

Barangan tembikar merupakan antara ciptaan terawal dalam ketamadunan manusia; ukiran patung wanita diperbuat aripada bahan ini ditemukan di tapak arkeologi Dolní Věstonice, Moravia di Republik Czech bertarikh dari tahun 29,000–25,000 SM sebelum zaman Neolitik.[1]

Jenis

  • Tembikar liat (earthenware) - dibakar dalam suhu dari serendah 600 darjah Celsius hingga sekitar 1,000–1,150 °C.[2][3]
  • Tembikar batu (stoneware) - Bersifat tidak mudah telap air,[4] dibakar dalam suhu sekitar 1,100 °C–1,200 °C sampai setinggi 1,315 °C.[2]
  • Porselin - dibakar dalam julat suhu antara 1,200 dan 1,400 °C.[2]

Pembuatan

Bahan mentah

Berikut merupakan beberapa jenis tanah liat yang digunakan untuk membuat tembikar.[5]

  • Kaolin, digunakan untuk membuat porselin.
  • Lempung bebola (ball clay): tanah enap berbutir halus yang sangat mulur.

Pembentukan

  • Dengan tangan
  • Dengan roda pemutar/sumbur: dalam teknik lempar alin di mana segumpal tanah liat diletakkan pada tapak roda dipusingkan sama ada secara tenaga manusia atau bermotor sambil gumpalan dipicit tekan membentuk rupa diingini serta dirapikan; ukiran ini kemudiannya dipotong ketika roda masih berputar menggunakan dawai pemotong.[6] Teknik lempar ini memerlukan kemahiran kendali roda yang tinggi.
  • Secara beracuan: diadaptasi dari pengacuan plastik[7] sesuai untuk pengeluaran barangan berbentuk kompleks secara banyak menguatkan binaan badan secara menyeluruh.[8]

Pembakaran

Ukiran-ukiran awal yang dibentuk ini akan dibakar di dalam tanur agar ia mengeras secara kekal, tembikar dibakar ini turut akan memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.

Tanur moden membakar dalam julat suhu antara 1,000 hingga 1,200°C. Keadaan dalaman tanur yang membakar sama ada dari segi pengaliran udara yang memasuki tanur mahupun bahan api yang digunakan boleh mempengaruhi sifat dan penampilan barangan akhir dihasilkan kerana tindak-tindak balas pengoksidaan atau penyusutan yang berlaku semasa pembakaran.

Penghiasan

Setelah tembikar siap dibakar keras, badan boleh ditambahkan corak tertentu untuk mencantikkan rupa sama ada secara "dilorek",[6] diwarnakan dengan cat, dilicau (selain menambahkan lapisan pelindung), digilap, atau disepuh dengan logam berharga seperti emas.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.