From Wikipedia, the free encyclopedia
Natori (名取市 , Natori-shi) ialah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Miyagi, Jepun. Pekan Natori diasaskan pada 1 April 1955 hasil gabungan dua buah pekan dan empat buah kampung. Pada 1 Oktober 1958, ia mencapai taraf bandar.
Natori
名取市 | |
---|---|
Bandar | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Miyagi |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Shirou Yamada |
Keluasan | |
• Jumlah | 100.07 km2 (38.64 batu persegi) |
Penduduk (1 Ogos 2010) | |
• Jumlah | 72,757 |
• Kepadatan | 727/km2 (1,880/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
- Pokok | Pain Hitam Jepun |
- Bunga | Bunga Pic |
Nombor telefon | 022-384-2111 |
Alamat | Natori-shi, Masuda-aza, Yanagita 80 981-1292 |
Laman sesawang | www.city.natori.miyagi.jp |
Asalnya, kawasan yang dikenali sebagai Daerah Natori menjangkau dari Sungai Natori di utara dan ke arah barat. Akan tetapi, kawasan tersebut telah digabungkan dengan kawasan Sendai raya dan bukan sebahagian Natori lagi: sungai Natori sebenarnya tiada dalam lingkungan sempadan Natori. Bandar Natori bersempadan dengan Bandaraya Sendai di utara dan barat, Kawasaki di barat, dan Iwanuma di selatan. Di timurnya ialah Lautan Pasifik.
Natori terletak di dataran yang subur berdekatab delta Sungai Natori dan Sungai Masuda.
Bandar Natori terjejas teruk oleh tsunami Mac 2011.[1] Sebahagian besar kawasan pantainya, termasuk Lapangan Terbang Sendai musnah teruk akibat tsunami itu.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.