From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeneral (B.) Tan Sri Dato Sri Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth (4 Februari 1929 – 24 Ogos 2021) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.
Yang Berbahagia Jeneral (B) Tan Sri Dato Sri Mohd Ghazali Mohd Seth PGAT PMN PSM PNBS SIMP SPMJ DHMS DA JMN PPC | |
---|---|
Kelahiran | Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) | 4 Februari 1929
Meninggal dunia | 24 Ogos 2021 92) Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur
Disemadikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kesetiaan | Malaysia Yang di-Pertuan Agong |
Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia |
Tahun perkhidmatan | 1954–1985 |
Pangkat | Jeneral |
Arahan | Panglima Angkatan Tentera (1982–85) Panglima Tentera Darat (1977–82) |
Anugerah | Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Panglima Mangku Negara (PMN) |
Pasangan | Puan Sri Norziah Dato' Onn |
Ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selama 8 tahun dari tahun 1977 hingga 1985, beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (keenam), Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (ketujuh) dan akhir sekali Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor (kelapan).
Adiknya ialah Toh Puan Norashikin Mohd Seth iaitu balu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, demikianlah dia juga adalah saudara pangkat ipar kepada Tun Dr. Ismail.
Beliau meninggal dunia pada 24 Ogos 2021 di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru[1][2][3] dan jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Norziah Onn dan empat anak, Rowina, Ida Kamaria, Datuk Badlisham dan Ahmed Reza.[4][5] Anak sulungnya, Rohani telah meninggal dunia pada 3 September 2019.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.