From Wikipedia, the free encyclopedia
Toh Puan Norashikin binti Dato' Mohd Seth (17 Januari 1930 – 2 Julai 2010) merupakan isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Antara anak mereka ialah bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Ismail. Tun Dr. Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika darurat kedua yang disebabkan oleh kesan Peristiwa 13 Mei. Sebelum itu, Tun Dr. Ismail merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri serta Duta Besar Malaysia pertama ke PBB.
Norashikin Mohd Seth | |
---|---|
Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2 | |
Dalam jawatan 22 September 1970 – 2 Ogos 1973 | |
Didahului oleh | Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah |
Digantikan oleh | Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) | 17 Januari 1930
Mati | 2 Julai 2010 80) Hospital Pakar Damansara, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | (umur
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Pasangan | Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (k. 1950; m. 1973) |
Pertalian | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mentua) Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar) Tun Dr. Awang Hassan (biras) Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara) Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (anak saudara) Tariq Ismail Mustafa (cucu) |
Anak | Mohamed Tawfik Ismail Zailah Ismail Badariah Ismail Tarmizi Ismail Zamakhshari Ismail Mohamed Ariff Ismail |
Ibu bapa | Dato' Mohd Seth Mohamed Said |
Saudara | Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth (abang) |
Norashikin ialah anak kedua (anak perempuan sulung) daripada lima orang adik beradik. Abang sulungnya ialah Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth yang merupakan bekas Panglima ATM. Ayahnya, Dato' Mohd Seth Mohd Said merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Johor.[1]
Toh Puan Norashikin meninggal dunia pada 2 Julai 2010 di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana sakit tua. Jenazahnya telah dibawa ke kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur untuk penghormatan terakhir dan seterusnya disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.[1] Toh Puan Norashikin merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, iaitu bekas Menteri Kebajikan Am, Tun Fatimah Hashim.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.