Mohd Ghazali Mohd Seth
From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Jeneral (B.) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth (4 Februari 1929 – 24 Ogos 2021) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.
Allahyarham Jeneral (B.) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth PGAT (ATM); PMN, PSM (Malaysia); SPMJ (Johor); DA (Sarawak); SIMP (Pahang); DHMS (Kedah); DPMJ (Johor); PNBS (Sarawak); JMN, KMN (Malaysia); SMJ (Johor); PPC (Sarawak) | |
---|---|
Kelahiran | Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) | 4 Februari 1929
Meninggal dunia | 24 Ogos 2021 92) Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur
Disemadikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kesetiaan | Malaysia Yang di-Pertuan Agong |
Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia |
Tahun perkhidmatan | 1954–1985 |
Pangkat | Jeneral |
Arahan | Panglima Angkatan Tentera (1982–85) Panglima Tentera Darat (1977–82) |
Anugerah | ![]() Panglima Mangku Negara (PMN) |
Pasangan | Puan Sri Norziah Dato' Onn |
Ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selama 8 tahun dari tahun 1977 hingga 1985, beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (keenam), Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (ketujuh) dan akhir sekali Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor (kelapan).
Keluarga
Adiknya ialah Toh Puan Norashikin Mohd Seth iaitu balu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, demikianlah dia juga adalah saudara pangkat ipar kepada Tun Dr. Ismail.
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 24 Ogos 2021 di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru[1][2][3] dan jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Norziah Onn dan empat anak, Rowina, Ida Kamaria, Datuk Badlisham dan Ahmed Reza.[4][5] Anak sulungnya, Rohani telah meninggal dunia pada 3 September 2019.
Anugerah
Kehormatan Malaysia
Malaysia :
Kesatria Mangku Negara (KMN) (1968)[6]
Johan Mangku Negara (JMN) (1971)[6]
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (1978)[7]
Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1981)[8]
Angkatan Tentera Malaysia :
Johor :
Setia Mahkota Johor (SMJ)
Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) – Dato'
Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato'
Pahang :
Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – Dato', kini Dato' Indera
Kedah :
Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) – Dato' Paduka (1983)[9]
Sarawak :
Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (PPC)
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato, kini Dato Sri
Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) – Datuk Amar (2012)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.