Kuil dan Muzium Gigi Buddha (Cina Ringkas: 新加坡佛牙寺龍華院; pinyin: Fóyásì Lónghuáyuàn, bahasa Inggeris: Buddha Tooth Relic Temple and Museum ) adalah kompleks kuil dan muzium agama Buddha terletak di daerah Kreta Ayer, pusat bandar Singapura. Kuil bergaya seni bina Cina ini dibina bagi menempatkan suatu bahan peninggalan dipercayai serpihan gigi dari Gautama Buddha yang dikatakan dijumpai pada suatu stupa yang runtuh;[2] barang tinggalan ini dapat dilihat orang ramai di tingkat ketiga dan teratas kuil.
Kuil dan Muzium Gigi Buddha | |
---|---|
新加坡佛牙寺龍華院 Buddha Tooth Relic Temple and Museum | |
Info asas | |
Lokasi | 288 South Bridge Road; Singapura 058840 |
Agama | Buddhisme |
Negara | Singapura |
Laman web | Buddha Tooth Relic Temple and Museum |
Disiapkan pada | 2007[1] |
Seni bina
Kesemua ciri kuil dibina mengikut kelaziman semasa zaman dinasti Tang.
Luaran
Pada atapnya terdapat suatu pagoda iaitu "Pagoda Laksa Buddha" (萬佛閣 Wànfó-gé)berupa astaka di tengahnya menempatkan 11,111 orang suci dan bodhisatwa dalam kedudukan padmasana dengan tangan bermudra; terdapat suatu roda mantera bertulis sebanyak 3,000 naskhah tulisan suci.
Tingkat bawah
Gerbang pintu utama kuil iaitu Shānmén (山門) terdiri daripada 3 pintu kayu berhias paku dan pengetuk berupa kepala singa dari loyang. Pintu ini menuju kepada "Dewan Seratus Naga" (百龍殿 Bǎilóng-diàn), dewan ini berketinggian 25 kaki menempatkan suatu patung Maitreya duduk atas dua kelopak bunga teratai. Terdapat juga suatu "Dewan Bijaksana Dunia" (圓通殿 Yuántōng-diàn) menempatkan suatu tugu Guanyin bertangan enam melambangkan enam alam samsara diapit dewa penjaga (dharmapala) bersenjatakan vajra.
Di mezanin terletaknya Muzium Sangha Gemilang (戒光館; Jièguāng guǎn) menempatkan maklumat mengenai sami biksu terkenal yang menyumbang utama kepada amal jariah dan pendidikan agama Buddha baik di dalam dan luar negara.
Tingkat pertama
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Tingkat kedua
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Tingkat ketiga
Tingkat ini menempatkan bahan peninggalan gigi Buddha yang disebut-sebutkan di Dewan Cahaya Suci (靈光殿; Língguāng-diàn). Di tengah dewan terletak stupa berkubah payung 7 meletakkan gigi ini yang berukuran 7.5sm diamati sesetengah orang terlalu panjang dari gigi manusia,[2][3] suatu gambaran mandala Wairocana dihiasi lampu cantik. Pada setiap sudut dewan terletak sebatang tiang mirip binaan maharaja Asoka dengan ukiran patung singa di hulunya.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.