Lembaga Perumahan dan Pembangunan (Bahasa Inggeris: Housing and Development Board; Bahasa Cina: 建屋发展局; Bahasa Tamil: வீடமைப்பு வளர்ச்சிக் கழகம்; singkatan: HDB) adalah sebuah lembaga berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara Singapura yang bertanggungjawab dalam perumahan awam di negara itu. Lembaga ini ditubuhkan pada tahun 1960 bagi menggantikan Amanah Peningkatan Singapura.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Februari 1960 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | HDB Hub, 480 Lorong 6 Toa Payoh, Singapore 310480 |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pembangunan Negara |
Laman sesawang | www |
ID agensi | T08GB0018F |
HDB diberi kredit dengan membersihkan kawasan setinggan dan kawasan miskin, dan menempatkan semula penduduk ke kawasan perumahan kos rendah pada 1960-an.[1] Setakat 2015[kemas kini], 82% penduduk menetap di estet-estet estet perumahan awam yang dibangunkan oleh HDB.[2]
Program
Program flat baru
Program flat baru Lembaga Perumahan dan Pembangunan | ||||
---|---|---|---|---|
Program | Singkatan | Mula | Tamat | Catatan |
Pendaftaran untuk Flat | RFS | 1980-an | Februari 2002 | Mana-mana unit lebihan daripada skim-skim Bina Ikut Tempahan (BTO), Amalan Undian (BE) baki atau beli balik HDB melalui kaedah undian. |
Pemilihan Masuk | WIS | Mac 2002 | Februari 2007 | |
Jualan Bulanan/Suku/Tahunan/Baki | E-Jualan | April 2007 | - | |
Amalan Undian | BE | Ogos 1995 | - | Hanya tersedia untuk unit-unit lebihan besar yang asal bagi Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (SERS). |
Bina Ikut Tempahan | BTO | April 2001 | - | Membeli flat baru dengan masa menunggu 4 tahun. |
Skim Reka, Bina dan Jual | DBSS | Oktober 2006 | - | Membeli flat rekaan seperti kondominium yang dibangunkan oleh pembangun privet. |
Program peningkatan
Program Peningkatan Lembaga Perumahan dan Pembangunan | ||||
---|---|---|---|---|
Program | Singkatan | Mula | Tamat | Catatan |
Program Peningkatan Utama | MUP | Julai 1990 | April 2011 | Program peningkatan dalam rumah untuk flat-flat yang dibina sehingga 1986, dan HIP yang tidak menjalani MUP, dengan peningkatan pilihan tambahan. HIP sejak itu telah diperluas untuk flat-flat yang dibina sehingga 1997. Tambahan pula, flat-flat akan mempunyai peningkatan kedua dibawah HIP II.[3] |
Program Peningkatan Rumah | HIP | Ogos 2007 | - | |
Program Peningkatan Rumah II | HIP II | Ogos 2018 | - | |
Program Peningkatan Sementara | IUP | Ogos 1993 | Ogos 2002 | Kawasan-kawasan umum bagi sesebuah kawasan ditingkatkan, program-program peningkatan landskap dihentikan bagi memberi laluan kepada IUP Plus. |
Skim Pembangunan Semula yang Terpilih Secara Berkelompok | SERS | Ogos 1995 | - | Dilancarkan pada Ogos 1995 bagi memperbaharui estet-estet perumahan lama di Singapura. Menawarkan pemilik-pemilik flat suatu peluang unik untuk berpindah ke rumah baru yang berhampiran dengan estet sedia ada.[4] |
Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela | VERS | Ogos 2018 | - | Diumumkan semasa Rapat Hari Kebangsaan 2018, VERS membenarkan para pemilik flat untuk mengundi dalam pembangunan semula awal bagi blok-blok perumahan.[5] |
Program Peningkatan Lif | LUP | September 2001 | Februari 2018 | Capaian lantai terus lif untuk flat-flat. |
Program Peningkatan Sementara Plus | IUP Plus | Mei 2002 | Disember 2014 | |
Program Pembaharuan Kejiranan | NRP | Ogos 2007 | - | Ini termasuklah Program Peningkatan Utama/Program Peningkatan Rumah (dalam rumah) dan Program Peningkatan Sementara Plus (landskap) kerana ia memberi tumpuan kepada peningkatan blok dan kejiranan. |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.