Kubung (Jawi: کوبوڠ) ialah sejenis mamalia yang terdapat di Asia Tenggara. Ada dua spesies kubung yang masih wujud dalam keluarga Cynocephalidae dan order Dermoptera.[1][2] Kubung hinggap di pokok-pokok, ia menggunakan kepingan kulit tambahan di antara kakinya untuk meluncur dari lokasi yang lebih tinggi ke bawah.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus jenis ...
Kubung
Julat zaman:
Eosen-Kini, 37–0 Ma
Thumb
Kubung betina memanjat pokok di
HSKT Air Tengah, Singapura
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Dermoptera

Illiger, 1811
Keluarga:
Cynocephalidae

Simpson, 1945[1]
Genus jenis
Cynocephalus
Boddaert, 1768
Genus
     Cynocephalus
     Galeopterus
  Dermotherium
Thumb
Taburan spesies kubung
Sinonim
  • Colugidae
  • Galeopithecidae
  • Galeopteridae
Tutup

Genetik kubung dekat dengan genetik haiwan spesies primat.[3] Kubung Filipina adalah spesies kubung yang paling besar.

Kubung haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memerlukan lesen pemburuan.[4]

Penamaan

Nama kubung asalnya dipakai kepada spesies kubung Sunda.[5]

Taksonomi

Nama keluarga Cynocephalidae dijejakkan kepada kata-kata bahasa Yunani κύων kyōn "anjing" dan κεφαλή kephalē "kepala" kerana bentuk kepala kubung lebar dengan muncung yang pendek seperti kepala anjing.[2]

Ciri

Bahagian depan dan belakang badan kubung langsing dan panjang mencapai ukuran 35 hingga 40 cm (14 hingga 16 in) dan jisim 1 hingga 2 kg (2.2 hingga 4.4 lb).[6] Ekornya panjang sederhana dan agak ringan.

Kepalanya kecil, dengan mata yang besar dan fokus depan untuk penglihatan teropong yang sangat baik, dan telinga kecil yang bulat.

Thumb
Rahang bawah kubung genis Galeopterus.

Gigi kacip kubung sangat berbeza; bentuknya seperti sisir hingga 20 batang pada setiap gigi. Gigi kacipnya serupa dengan penampilan dan fungsi dengan rangkaian gigi kacip pada strepsirrhines, yang digunakan untuk dandanan. Gigi atas kedua mempunyai dua akar, satu lagi ciri unik di antara mamalia.[7] Formula pergigian kubung adalah:

Kaki-kaki kubung tidak ada ibu jari.[8]

Thumb
Kaki kubung Filipina (Galeopithecus)

Pergerakan

Ia tidak mahir mendaki, ia naik pokok dengan mencengkam kulit kayu menggunakan cakar-cakarnya yang kecil dan tajam sambil melompat perlahan.[8]

Kaki-kaki depan seekor kubung membuka panjang sehingga berukuran 70 sm,[8] kaki-kaki ini ditutupi kulit diregangkan atau patagium besar dan memanjang yang bersambung dari bilah bahu ke kaki depan, dari hujung jari paling belakang ke hujung jari kaki, dan dari kaki belakang ke hujung ekor. Kulit ini membolehkannya meluncur dari sebatang pokok ke sebatang pokok lain pada jarak yang jauh antara pokok.[7] Seekor kubung dapat meluncur jarak sejauh 70 m (230 ka) dari satu pohon ke pohon yang lain tanpa kehilangan banyak altitud,[9] Kubung Malaya telah menempuh jarak sekitar 150 m (490 ka) pada satu luncuran.[10] Dari semua mamalia yang meluncur, kubung mempunyai penyesuaian yang paling sempurna untuk penerbangan. Jarak antara jari dan jari kaki kubung dilapisi selaput renang (webbed).

Ia meluncur dari satu pokok ke pokok lain untuk mencari makanan atau kemungkinan pasangan dan melindungi wilayahnya.[11]

Tabiat

Kubung hidup bersendirian di lubang pokok, pemalu dan nokturnal. Oleh itu, hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenai tingkah lakunya.

Kubung bersembunyi dalam lubang pokok atau menggantung di bawah dahan pada hampir sepanjang hari supaya dirinya samar kelihatan oleh pemangsa.[perlu rujukan] Pada waktu malam, kubung menghabiskan sebahagian besar waktunya di pokok untuk mencari makanan.[11]

Pemakanan

Kubung herbivor dan memakan daun, tunas, bunga, getah, dan buah. Mereka mempunyai perut dan usus yang sihat yang mampu mengeluarkan nutrien dari daun dan bahan berserat lain.

Pembiakan

Kubung akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Kedua spesies terancam oleh kemusnahan habitat, dan Kubung Filipina dilekaskan oleh IUCN sebagai terancam (vulnerable). Tambahan kepada pembersihan hutan yang berterusan, ia diburu bagi daging dan bulunya. Ia turut diburu oleh Helang Filipina yang turut terancam: sesetengah kajian menunjukkan bahawa Kubung Filipina membentuk 90% daripada permakanan helang. Ia tidak diketahui bagaimana helang siang mampu memburu sebegitu banyak Kubung nokturnal, yang dipercayai menghabiskan sebahagian besar siang bergulung dalam lobang pokok atau bergantung tanpa disedari di dahan.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.