From Wikipedia, the free encyclopedia
Karl Dönitz (kadangkala dieja Doenitz; bahasa Jerman: [ˈdøːnɪts] ( dengar); 16 September 1891 – 24 Disember 1980) adalah seorang Laksamana kanan Jerman semasa era Nazi yang secara singkat menggantikan Adolf Hitler sebagai ketua negara Reich pada Mei 1945, sehinggalah penyerahan kalah tanpa syarat Jerman kepada pihak Bersekutu. Selaku Panglima Tentera Laut Jerman pada awal tahun 1943, beliau memainkan peranan besar dalam sejarah tentera laut Perang Dunia II. Beliau telah disabitkan kesalahan-kesalahan jenayah perang di Perbicaraan Nuremberg pada tahun 1946.[3]
Karl Dönitz | |
---|---|
Presiden Reich Jerman (Jerman Nazi) | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 23 Mei 1945 | |
Kerajaan | |
Didahului oleh | Adolf Hitler (sebagai Führer und Reichskanzler ) |
Digantikan oleh | Theodor Heuss (sebagai Presiden Jerman Barat) Wilhelm Pieck (sebagai Presiden Jerman Timur) |
Menteri Perang | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 23 Mei 1945 | |
Kerajaan | |
Didahului oleh | Wilhelm Keitel (Ketua OKW) |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Panglima Tentera Laut | |
Dalam jawatan 30 Januari 1943 – 1 Mei 1945 | |
Timbalan | Eberhard Godt |
Didahului oleh | Erich Raeder |
Digantikan oleh | Hans-Georg von Friedeburg |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Grünau, Brandenburg, Prusia, Empayar Jerman (kini Jerman) | 16 September 1891
Mati | 24 Disember 1980 89) (umur Aumühle, Schleswig-Holstein, Jerman Barat |
Parti politik | Parti Nazi[1] |
Pasangan | Ingeborg Weber (k. 1916) |
Anak | 3 |
Kabinet | |
Tandatangan | |
Nama panggilan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | |
Cabang/khidmat | |
Tahun khidmat |
|
Pangkat | Laksamana Besar |
Pangkalan |
|
Perang/Pertempuran |
|
Anugerah tentera | Knight Cross of the Iron Cross with Oak Leaves |
↑1 Secara rasmi bergelar "Menteri Besar" atau "Ketua Menteri" (Leitender Minister). | |
Beliau memulakan kerjayanya didalam Tentera Laut Imperial Jerman sebelum Perang Dunia I. Pada tahun 1918, beliau memerintah kapal selam SM UB-68 sehingga ia ditenggelamkan oleh tentera British. Dönitz telah dijadikan tawanan perang. Sewaktu didalam kem POW, beliau mencipta satu formula perang laut yang kemudian dipanggilnya Rudeltaktik ("taktik berkumpulan", biasanya disebut "wolfpack").
Pada awal Perang Dunia Kedua, beliau adalah pegawai kanan kapal selam (U-boot) dalam Kriegsmarine, yang dikenali sebagai Befehlshaber der Unterseeboote (BdU). Pada Januari 1943, Dönitz dinaikkan pangkat ke Grossadmiral (Laksamana Besar) dan menggantikan Laksamana Besar Erich Raeder sebagai Panglima Tentera Laut. Dönitz merupakan musuh utama angkatan tentera laut Bersekutu dalam Pertempuran Atlantik. Dari tahun 1939 hingga 1943 pihak U-boot berperang dengan berkesan tetapi kehilangan inisiatif bermula dari Mei 1943. Dönitz mengarahkan armada kapal selamnya bertempur sehingga tahun 1945 bagi meringankan tekanan terhadap cabang-cabang perkhidmatan Wehrmacht (angkatan tentera) yang lain.[4] Sejumlah 648 buah U-boot musnah—429 darinya tanpa mangsa yang terselamat. Tambahan lagi, dari jumlah tersebut, 215 buah kapal selam musnah dalam pelayaran sulung mereka.[5] Kira-kira 30,000 orang dari jumlah 40,000 yang berkhidmat dalam U-boot terkorban.[5]
Pada 30 April 1945, selepas kematian Adolf Hitler dan menurut wasiat terakhir Hitler, Dönitz telah dinamakan pengganti Hitler selaku ketua negara (Staatsoberhaupt), dengan gelaran Presiden Jerman (Reichspräsident) dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Pada 7 Mei 1945, beliau mengarahkan Jeneral Alfred Jodl, Ketua Staf Operasi Oberkommando der Wehrmacht (OKW), menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman di Reims, Perancis.[6] Dönitz kekal sebagai ketua Kerajaan Flensburg, nama baru kerajaan Jerman, sehinggalah ia dibubarkan oleh kuasa-kuasa Bersekutu pada 23 Mei.
Dengan pengakuannya sendiri, Dönitz adalah seorang Nazi dan penyokong Hitler yang berdedikasi; beliau berpegang pada kepercayaan anti-Semitik dan menegaskan bahawa para pegawai Kriegsmarine mematuhi pandangan politiknya. Selepas perang, Dönitz didakwa sebagai penjenayah perang utama di perbicaraan Nuremberg atas tiga pertuduhan: konspirasi untuk melakukan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang, dan jenayah terhadap kemanusiaan; merancang, memulakan, dan melancarkan perang pencerobohan; dan jenayah terhadap undang-undang peperangan. Beliau didapati tidak bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, tetapi bersalah melakukan jenayah terhadap keamanan dan jenayah perang terhadap undang-undang peperangan. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun; setelah dibebaskan, beliau tinggal di sebuah kampung berhampiran Hamburg sehingga kematiannya pada tahun 1980.
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.