ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Dato' Hussein (lahir 5 Ogos 1961) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sembrong. Keahliannya sebagai ahli UMNO digantung selama 6 tahun[2].
Hishammuddin Hussein | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Sembrong, Johor | |
Memegang jawatan 17 Mei 2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 11,570 (2008) 10,631 (2013) 6,662 (2018) 10,880 (2022) |
Menteri Kanan Kluster Keselamatan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Dalam jawatan 7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Ikmal Hisham Abdul Aziz |
Didahului oleh | Ismail Sabri Yaakob |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Muhammad V |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Timbalan |
|
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Digantikan oleh | Mohamad Sabu |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Kamarudin Jaffar |
Didahului oleh | Saifuddin Abdullah |
Digantikan oleh | Saifuddin Abdullah |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) | |
Dalam jawatan 12 April 2017 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Muhammad V |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Mohd Effendi Norwawi |
Digantikan oleh | Mohd Redzuan Md Yusof |
Menteri Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 15 Mei 2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Syed Hamid Albar |
Digantikan oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 12 Mei 2018 - 29 Jun 2018) | |
Dalam jawatan 26 Mac 2009 – 12 Mei 2018 Berkhidmat dengan Ahmad Zahid Hamidi (2009-2018) Mohd Shafie Apdal (2009-2016) | |
Didahului oleh | Mohd Ali Rustam Muhyiddin Yassin Muhammad Muhammad Taib |
Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid Mohamed Khaled Nordin |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Menteri Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 31 Mac 2004 – 9 April 2009 | |
Raja | Syed Sirajuddin Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | Abdullah bin Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Musa Mohamad |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Malaysia |
Ketua Pemuda UMNO | |
Dalam jawatan 1998–2008 | |
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Digantikan oleh | Khairy Jamaluddin |
Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1999 – 30 Mac 2004 | |
Raja | Salahuddin Abdul Aziz Shah Syed Sirajuddin |
Perdana Menteri | Mahathir bin Mohamad Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Azalina Othman Said |
Timbalan Menteri Perusahaan Utama | |
Dalam jawatan 12 November 1996 – 14 Disember 1999 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Lim Keng Yaik |
Didahului oleh | Siti Zainaboon Abu Bakar |
Digantikan oleh | Anifah Aman |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tenggara, Johor | |
Dalam jawatan 7 Jun 1995 – 4 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Adham Baba |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hishammuddin bin Hussein 5 Ogos 1961 Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (1989-Kini) |
Sekutu gabungan politik lain | BN (1989-Kini) PN (2020-Kini) |
Pasangan | Yang Mulia Tengku Dato' Sri Marsilla Tengku Abdullah (k. 1987) |
Anak-anak | Nasha Alyssa (35 tahun) Faris Sikedon (32 tahun) Kyra Arianna (29 tahun) Fahd Hussein (27 tahun) |
Ibu bapa | Hussein Onn Suhailah Mohamed Noah |
Saudara | Datuk Harris Khuidwi Sikedon (Adik) Allahyarhamah Datin Roquiya Hanim (Kakak) Puan Sri Dr Suraiya Hani (Kakak) Roziah Hanis (Kakak) Dr Rozita Halina (Kakak) Datuk Khuidwi Hafiz Ghazi (anak saudara - anak Datin Roquiya Hanim) |
Hubungan | Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang) Dato' Onn Jaafar (Datuk) Tan Sri Mohamed Noah Omar (Datuk) Dato' Sri Najib Razak (Sepupu) Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (Abang Ipar) Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Besan) |
Kediaman | Ampang Jaya, Selangor |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersil Korporat |
Alma mater | London School of Economics, United Kingdom |
Pekerjaan | Menteri, Ahli Politik |
Profesion | Peguam |
Gaji | RM51,113.00 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[1] |
Beliau berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, PM ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia. PM ke-6, Dato' Seri Najib Razak sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Pendidikan Malaysia dan PM ke-5, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.
Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya.[3]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.[4][5]
Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).
Isterinya, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah, adalah seorang puteri dari negeri Pahang, Malaysia.Hishamuddin dan Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan Fahd Hussein. Anak sulung Hishamuddin iaitu Nasha Alyssa merupakan menantu kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.
Datuk Seri Panglima Hishammuddin adalah anak kepada Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-tiga Malaysia dan cucu kepada Dato' Sir Onn Dato' Jaafar, yang juga merupakan pengasas UMNO. Hishamuddin juga adalah sepupu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Isteri beliau, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Bendahara Tan Sri Dato' Sri Abdullah, Puteri Raja Pahang, Malaysia. Anak-anak beliau ialah: Nasha Alyssa Hisammuddin (lahir 23 Mac 1989), Faris Hishamuddin (lahir 11 September 1992), Kyra Arianna Hishammuddin (lahir 31 Mei 1995) dan Fahd Hishamuddin (lahir 31 Mei 1997).
Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi. Anas adalah anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia.[6]
Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.
Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.
Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.
Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2013 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri. Kini, setelah rombakan kabinet pada 28 Julai 2015, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia.[7]
Pada 12 April 2017, Hishammuddin telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Najib berkata pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.[8] Beliau masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.[9]
Pada 10 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelapan, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 Ogos 1997)[10]
Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (12 November 1996 hingga 14 Disember 1999)
Menteri Belia dan Sukan (14 Disember 1999 hingga 3 Mac 2004)
Menteri Pendidikan (30 Mac 2004 hingga 8 April 2009)
Menteri Dalam Negeri (10 April 2009 hingga 5 Mei 2013)[11]
Menteri Pertahanan (16 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018)
Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (12 April 2017 hingga 10 Mei 2018)
UNESCO Ahli Lembaga Eksekutif (2008 hingga 2009)
SEAMEO Council- Timbalan Presiden (Mac 2007 hingga Mac 2008)
SEAMEO Council- Presiden (Mac 2008 hingga Mac 2009)
Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas inisiatif beliau untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.[12]
Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi untuk memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.[13]
Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun, sungguhpun begitu masih terdapat banyak lagi kelemahan yang boleh diperbetulkan, bagi meningkatkan lagi prestasi kerja petugas keselamatan dan keberkesanan sistem penilaian. Fasa kedua NKRA juga telah dijalankan apabila segala permasalahan telah dikenal pasti.[14]
Pada 2005, tindakan Hishammuddin menghunus keris bagi meningkatkan semangat dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu. Pengulas menganggap aksi ini sebagai mempertahankan Ketuanan Melayu dan mengancam mereka yang membantah hak istimewa Melayu seperti yang disebut dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan dalam kontrak sosial.
Perhimpunan UMNO 2006 menampakkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan menggunakan keris; Hishamuddin sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong tahun tersebut.[15]
Hishamuddin menyatakan bahawa "Keris itu ada dalam bendera UMNO... Ia suatu simbol kebudayaan Melayu. Awak boleh menghadiahkannya kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu memberikan kepada saya di majlis-majlis. Tetapi, ahli-ahli politik menyatakan mereka tidak diyakinkan oleh penjelasan Hishammuddin, dengan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA berkata, "kalau saya memegang pedang di suatu majlis wushu, ia akan berbeza kalau saya memegangnya pada suatu majlis politik. Ini adalah satu majlis politik, jadi ia dilihat dalam konteks berlainan. Ia mewujudkan ketidaksenangan."[16]
Seorang komentator mencadangkan bahawa "Keris itu tidak mengakibatkan ketidaksenangan. Gerak-geri dan pengacungan itu yang membuat orang tidak senang hati", manakala seorang penganalisa politik Cina pula menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."[17]
Dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2007, dalam ucapan beliau sebagai Ketua Pemuda, beliau menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan keris dalam budaya orang Melayu. Kata beliau,
Akhirnya, pada 25 April 2008, Hishammuddin memohon maaf terhadap episod ini.[19]
Pada 6 Ogos 2020, Hishammuddin memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik dalam Dewan Rakyat dirakamkan dan tersebar di media sosial. Permohonan itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.[20]
Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
— Hishammuddin
Terdahulu Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi meminta Hishammuddin memohon maaf kerana tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan.
Tular di media Twitter mengenai Yang Berhormat Sembrong vaping (menghisap vape) di dalam dewan. Ini tidak sepatutnya berlaku.
— Wong Shu Qi
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P136 Tenggara, Johor | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 28,727 | 87.22% | Madin Khani @ Md. Din A. Ghani (S46) | 4,209 | 12.78% | 34,782 | 24,518 | 63.36% | ||
1999 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 28,376 | 78.96% | Lokman Noor Adam (PKR) | 7,559 | 21.04% | 37,829 | 20,817 | 78.06% | |||
2004 | P153 Sembrong, Johor | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 19,575 | 88.29% | Onn Jaafar (PAS) | 2,597 | 11.71% | 22,956 | 16,978 | 74.61% | ||
2008 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 17,988 | 73.70% | Lee Sang (PKR) | 6,418 | 26.30% | 25,211 | 11,570 | 75.98% | |||
2013 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 22,841 | 65.17% | Onn Abu Bakar (PKR) | 12,210 | 34.83% | 35,910 | 10,631 | 86.35% | |||
2018 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 21,353 | 59.24% | Onn Abu Bakar (PKR) | 14,691 | 40.76% | 36,044 | 6,662 | 83.02% |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.