From Wikipedia, the free encyclopedia
Hermès International S.A atau ringkasnya Hermès adalah sebuah syarikat Perancis yang bekerja dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan produk mewah, terutama dalam bidang barangan kulit, siap pakai, minyak wangi, pembuatan jam tangan, rumah, seni hidup dan seni meja. Syarikat ini ditubuhkan di Paris pada tahun 1837.[3].
Nama asli | Hermès |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Société Anonyme[1] |
Didagangkan sebagai | Euronext: RMS Komponen CAC 40 |
ISIN | FR0000052292 |
Industri | Barangan mewah |
Ditubuhkan | 1837 |
Pengasas | Thierry Hermès |
Ibu pejabat | Paris, Perancis |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Axel Dumas (Pengerusi Eksekutif), Henri-Louis Bauer (Pengurus Eksekutif dan Pengerusi Emile Hermès SARL), Éric de Seynes (Pemgerusi badan penasihat), Pierre-Alexis Dumas (Naib Presiden Eksekutif Seni) |
Keluaran | Pakaian and aksesori |
Hasil | ▲ €8.982 bilion[2] (2021) |
Pendapatan kendalian | ▲ €3.530 bilion (2021) |
Pendapatan bersih | ▲ €2.445 bilion (2021) |
Jumlah aset | ▲ €13.847 bilion (2021) |
Jumlah ekuiti | ▲ €9.412 bilion (2021) |
Pemilik | H51 |
Bilangan kakitangan | 17,595 orang (2021) |
Anak syarikat | Fondation d'entreprise Hermès |
Tapak web | hermes.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Kekayaan profesional keluarga dianggarkan bernilai 39,600 juta euro.
Pada tahun 1837, Thierry Hermès membuka sebuah bengkel abah-abah dan tali kekang di Grands Boulevards, Paris bertukang untuk kuda-kuda tunggangan para bangsawan Eropah pada ketika itu.[4][5] Abah-abah ditukang Thierry diamati bermutu tinggi sehingga menjadi pilihan untuk kuda penarik kereta,[6] malah berhasil memenangkan banyak anugerah, termasuk juara pertama di kelasnya pada tahun 1855 dan kembali meraih tempat pertama pada tahun 1867 di suatu Pameran Sedunia (Expositions Universelles) yang diadakan di Paris.[6][7]
Seorang anak Thierry, Charles-Émile,[8] mengambil alih syarikat ini sebagai pengerusinya pada tahun 1880, serta memindahkan kedai mereka ke 24 rue du Faubourg Saint-Honoré. Dengan bantuan dua anaknya, Adolphe dan Émile-Maurice, Charles-Émile memperkenalkan produk pelana dan mulai serta mula menjual barangan tukangan mereka kepada khalayak ramai.[6] Perusahaan ini pun berhasil menarik perhatian masyarakat kelas atas di Eropah, Afrika Utara, Rusia, Asia, dan Amerika. Pada tahun 1900, perusahaan ini menawarkan beg tas Haut à Courroies, yang khusus dirancang untuk pengemudi kuda membawa barang mereka atas pelana mereka dengan lebih mudah.
Pada tahun 1918, Hermès mengeluarkan jaket golf kulit pertamanya dengan kemudahan zip (yang dipegang mereka secara eksklusif pada ketika itu)[6] untuk Edward, Putera Wales.[7]
Émile-Maurice memulakan penghasilan pakaian dan aksesori langsung dari syarikat ini sendiri pada dekad 1920-an.[4][5][9] Beliau juga melatih tiga anak tirinya (Robert Dumas, Jean-René Guerrand, dan Francis Puech) agar dapat menjadi rakan perniagaan. Pada tahun 1922, perusahaan ini memperkenalkan produk beg tangan kulit pertamanya atas permintaan isteri Émile-Maurice yang menginginkan barang sebegitu mengikuti seleranya.[8]
Syarikat ini membahagikan tumpuan pengeluarannya seperti berikut (setakat 2021):[10]
Meskipun peranan kuda sebagai kaedah pengangkutan utama yang merupakan hala tuju asal syarikat telah lama menghilang seiring kemaraan teknologi, ia masih dapat beradaptasi melalui penjalinan huhungan dengan sukan yang berkaitan[11] termasuk penganjuran pertandingan sukan berkuda.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.