Hantu Kak Limah (siri filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi filem ketiga dalam siri filem ini, lihat Hantu Kak Limah.
Hantu Kak Limah ialah siri filem komedi seram Malaysia yang terdiri daripada kesemua tiga filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit. Tayangan Unggul menerbitkan dua siri filem, manakala Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem ketiga.[1] Delimawati, Awie dan Rab Khalid telah membintangi kesemua tiga filem.[2]
Fakta Segera Hantu Kak Limah, Pengarah ...
Hantu Kak Limah | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Penulis | Mamat Khalid |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 297 minit (1ā3) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 4.09 juta |
Pecah panggung | RM 50.79 juta |
Tutup
Filem pertama merupakan kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM7.90 juta.[3] Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2013, menjadi kejayaan dari segi kewangan.[4] Manakala pada 2018, filem ketiga meraih kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah industri perfileman Malaysia.[5]