![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/34/Johan_Raja_Lawak_on_MeleTOP.jpg/640px-Johan_Raja_Lawak_on_MeleTOP.jpg&w=640&q=50)
Johan Raja Lawak
Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan (lahir 13 Jun 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara. Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Hot FM dan mengendalikan segmen pagi bersama AG dan Fara Fauzana. Mereka bertiga dikenali sebagai Bekpes Hot pada setiap Isnin hingga Jumaat (6-10 pagi). Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.
Johan | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz (1984-06-13) 13 Jun 1984 (umur 40) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2007–kini |
Majikan |
|
Ketinggian | 1.67 m (5 ka 6 in) |
Pasangan | Ozlynn Waty (k. 2009) |
Anak-anak | 6 |
Ibu | Nurhayati Lim Abdullah |
Bapa | Mohamad Aziz |
Saudara | Salih Yaacob (bapa saudara) |